CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3429|Reply: 0

[Selangor] Lelaki dijel 6 bulan tunggang gopoh, pukul warga emas

[Copy link]
Post time 6-9-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode

Video tular kemalangan motosikal di Jalan Cheras Utama minggu lalu.

KAJANG – Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menunggang motosikal dengan gopoh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang warga emas dalam video tular lelaki tidak berbaju kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Utama Cheras Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap Irwan Syah Rizal, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bagi dua kesalahan itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 3 September lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Irwan Syah didakwa Irwan Syah didakwa menunggang motosikal dengan gopoh sehingga membahayakan nyawa Low Khoon Hwa, 71, di Jalan Cheras Perdana, di sini pukul 11.25 pagi pada 1 September lalu.

Bagi pertuduhan pertama itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa yang serupa pada tempat, masa dan tarikh yang sama yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman empat bulan manakala pertuduhan kedua hukuman penjara dua bulan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 September lalu.

Terdahulu peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurshuhada Imraanuar yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dijatuhkan hukuman penjara secara serentak bagi kedua-dua kesalahan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran buat tertuduh dan masyarakat umum.

“Kami memohon agar mahkamah mempertimbangkan tindakan tertuduh yang menunggang motosikal secara melawan arus telah memberikan ancaman nyawa kepada pengguna jalan raya lain.

“Selain itu perlu dipertimbangkan tindakan melulu tertuduh yang telah mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Kami memohon satu hukuman berbentuk kepentingan awam dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.

Pada 3 September lalu, Kosmo! melaporkan polis menyiasat sebuah video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal dipukul lelaki tidak berbaju selepas terbabit kemalangan di Jalan Utama Cheras Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, sebuah motosikal dilihat keluar secara tiba-tiba dari simpang menyebabkan sebuah lagi motosikal yang ditunggang lelaki tidak berbaju gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kenderaan tersebut.

Susulan kejadian itu, lelaki tidak berbaju itu terus memukul penunggang motosikal tersebut secara bertubi-tubi di tengah persimpangan jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.09 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... h-pukul-warga-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.577882 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list