CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2794|Reply: 0

[Kedah] Rumah Che Embon tunggu masa untuk rebah

[Copy link]
Post time 6-9-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Che Embon duduk di hadapan rumahnya yang semakin uzur di Kampung Padang Limau, Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas dari Kampung Padang Limau, Kota Kuala Muda dekat sini bukan sahaja terpaksa melalui kehidupan sukar akibat kemiskinan, malah rumah yang dihuni pula semakin uzur dan hanya menanti untuk rebah.

Menurut Che Embon Yasin, 64, lebih menakutkan apabila struktur tiang rumah yang sudah mereput itu akan bergoyang setiap kali dibadai angin kencang.

Katanya, dia kini tinggal di rumah tersebut bersama anak lelakinya, Shahrizal Ghozali, 38, yang mengambil upah sebagai pemotong rumput.

“Rumah berkenaan dibina menerusi bantuan kerajaan sejak lebih 30 tahun lalu di atas tanah yang dipinjamkan oleh individu lain. Ini menyebabkan saya tidak layak untuk memohon bantuan bagi tujuan membina rumah baharu di sini.

“Sebelum ini juga, sudah ada beberapa pihak termasuk lembaga zakat negeri yang datang untuk memberi bantuan membina rumah baharu, namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan memandangkan tanah ini bukan milik saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Jelas Che Embon, dia kini tidak mampu untuk menampung kos membaiki semula rumah itu atau menyewa rumah lain memandangkan hanya bergantung dengan pendapatan anak lelaki­nya selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba­nyak RM250 sebulan.

“Saya tidak dapat tidur lena setiap malam kerana buntu memikirkan nasib kami sekiranya sesuatu terjadi pada rumah ini. Kami sudah tiada tempat untuk berteduh lagi.

“Jadi saya berharap, sekiranya ada pihak yang boleh membantu kami mendapatkan rumah baharu untuk kami berteduh dengan selamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh meng­hubungi Che Embon di talian 013-481 7335 atau nombor akaun 0219141000023482 (Bank Simpanan Nasional).
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... u-masa-untuk-rebah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070038 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list