CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2361|Reply: 0

[Johor] Tidak sihat, bertugas, namun tetap bersemangat mengundi

[Copy link]
Post time 5-9-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Harudin menjadi pengundi pertama yang mengundi awal bagi PRK Parlimen Pulai di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN/FOTO

Johor Bahru: Walaupun tidak sihat dan sepatutnya bertugas pada hari ini, namun tidak mematahkan semangat seorang anggota polis menunaikan tanggungjawabnya mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Sarjan Mejar (SM) Harudin Md Sari, 49, menjadi pengundi pertama yang melaksanakan proses bagi memilih wakil rakyat kerusi parlimen itu.

Beliau berkata, beliau memilih untuk hadir seawal 7.30 pagi supaya dapat menyelesaikan tanggungjawabnya itu secepat mungkin memandangkan perlu memulakan tugasnya di Bahagian Kejuruteraan, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor, Tampoi.

"Saya sebenarnya tidak sihat sebab kena slip disc akibat pernah jatuh sebelum ini ketika bertugas. Saya juga bertugas pada hari ini.

"Sebab itu, saya pilih datang awal supaya dapat selesai undi awal. Walaupun tidak sihat, saya tetap bersemangat untuk mengundi," katanya.

Harudin mula mengundi dalam pilihan raya sejak 1998, namun ini kali kedua mengundi di Markas PPM W2 Johor.

Katanya, suasana pengundian awal kali ini lebih meriah berbanding pilihan raya sebelum ini memandangkan ia tertumpu di Parlimen Pulai.

Seramai 881 pegawai dan anggota polis terdiri daripada pasukan formasi PPM W2 dan tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Johor Bahru Selatan (JBS), IPD Johor Bahru Utara (JBU) dan IPD Iskandar Puteri akan mengundi di markas berkenaan.

Selain itu, 46 pegawai dan anggota akan melaksanakan tanggungjawab mereka di Balai Polis Kempas di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal pada hari ini, manakala hari pengundian Sabtu ini.

PRK Parlimen Pulai diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ersemangat-mengundi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list