View: 1348|Reply: 0
|
Arsenal tidak boleh terus bergantung kepada 'detik ajaib'
[Copy link]
|
|
Arsenal tidak boleh terus bergantung kepada 'detik ajaib'
RICE (kanan) meraikan jaringannya bersama Arteta. FOTO AFP
London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji mentaliti pasukannya ketika bangkit pada masa tambahan untuk menang 3-1 ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka mesti mencari jalan untuk memusnahkan lawan lebih awal berbanding mengharapkan 'detik ajaib' pada hujung perlawanan.
Declan Rice menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-96 sebelum Gabriel Jesus menjaringkan gol ketiga pada saat akhir untuk mengesahkan kemenangan selepas kapten, Martin Odegaard memadamkan kelebihan jaringan awal penyerang United, Marcus Rashford.
"Saya cintakan mentaliti pasukan, kesungguhan dan keinginan untuk menang," kata Arteta.
"Kami sangat dominan dan berhak untuk menang, tetapi jurang antara pasukan sangat kecil dan ia mungkin berkesudahan sebaliknya."
Arsenal seri dengan Fulham, hujung minggu lalu, selepas menewaskan Nottingham Forest dan Crystal Palace dengan beza satu gol dan mereka akan kembali beraksi menentang Everton pada 17 September.
"Jurang yang kami miliki pada hujung perlawanan tidak lagi terlalu besar," katanya.
"Ada sesuatu yang kami perlu tingkatkan kerana ada banyak kebimbangan dan terpaksa menunggu detik ajaib pada hujung perlawanan. Kami tidak mahu bergantung kepada perkara seperti itu lagi."
Rice yang menyertai Arsenal dari West Ham United dengan rekod perpindahan kelab bernilai 105 juta pound (RM617.4 juta) menjaringkan gol sulung untuk pasukan barunya dan mengakui tidak tertekan dengan yuran perpindahan itu.
"Saya tidak mampu mengawal harga. Saya bermain dengan baik di West Ham selama beberapa tahun dan memberikan segala-galanya di sana," katanya kepada Sky Sports.
"Sejak itu, saya sentiasa memberikan yang terbaik. Banyak lagi yang mampu saya tingkatkan selepas ini."
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kepada-detik-ajaib
|
|
|
|
|
|
|
| |
|