View: 1555|Reply: 0
|
Arteta yakin Rice mampu ledak lebih banyak gol
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 4-9-2023 10:48 AM
LONDON: Gol kemenangan Declan Rice dalam masa kecederaan ketika Arsenal menewaskan Manchester United 3-1 di Stadium Emirates adalah yang ke-11 dirinya dalam 208 penampilan Liga Perdana Inggeris, namun Mikel Arteta percaya ia akan bertambah.
Arteta yakin dengan kualiti skuad Arsenal, pemain yang dibeli pada harga 105 juta pound (RM614.94 juta) dari West Ham itu akan lebih kerap menjaringkan gol.
"Dia (Rice) mempunyai kebolehan teknikal dan ketajaman dalam menyempurnakan peluang terhidang. Dia mempunyai jarak dan ketepatan serta boleh menggunakan kedua-dua kakinya," kata Arteta.
Rembatannya yang terkena Jonny Evans sebelum menewaskan penjaga gol United, Andre Onana, mencetus sambutan luar biasa di Emirates.
Selepas diikat oleh Fulham dan dengan juara bertahan, Manchester City mengekalkan permulaan sempurna musim ini, tidak hairanlah kemenangan di Emirates disambut begitu meriah oleh pasukan dan penyokong.
"Masih ada 34 perlawanan untuk diharungi! Anda akan berada di kedudukan sewajarnya selepas 38 perlawanan," katanya.
Marcus Rashford meletakkan United di depan pada minit ke-27 tetapi Martin Odegaard kembali menyamakan kedudukan seminit kemudian.
Rice dan Gabriel Jesus menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk memastikan kemenangan Arsenal. - REUTERS
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta (kiri) dan Declan Rice meraikan kemenangan ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London. - Foto AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ak-lebih-banyak-gol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|