CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1708|Reply: 0

[Pulau Pinang] Air pasang merah tidak merebak ke kawasan lain

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode

FAHMI (kiri) mengedarkan sayur percuma kepada orang ramai sempena program Jualan Agro Madani di kawasan DUN Pantai Jerejak, Bayan Lepas, hari ini.

BALIK PULAU – Fenomena air pasang merah yang berlaku di perairan Teluk Bahang di sini minggu lalu didapati tidak merebak ke kawasan perairan lain di negeri ini.

Pengerusi Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, setakat ini menerusi pemantauan yang dijalankan oleh agensi terlibat seperti Jabatan Perikanan negeri, fenomena air pasang merah itu kini didapati semakin berkurangan di perairan berkenaan.

“Setakat ini, kejadian air pasang merah ini berlaku di kawasan perairan Teluk Bahang sahaja dan ia tidak merebak ke kawasan lain.

“Ia merupakan satu kejadian alam dan alga berkenaan telah berkurangan selepas kira-kira lima hari berada di perairan Teluk Bahang,” katanya selepas meninjau program Jualan Agro Madani di kawasan DUN Pantai Jerejak di sini hari ini.

Menurut Fahmi, kejadian air pasang merah itu telah mengakibatkan enam penternak ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang mengalami kerugian selepas 12 tan ikan yang diternak mati.

“Kejadian air pasang merah ini berlaku kira-kira lima hari, dan kerugian yang dialami penternak ikan dalam sangkar adalah kira-kira RM200,000 hingga RM300,000.

“Saya telah membawa perkara ini ke Mesyuarat Exco dan telah memohon bantuan yang sesuai daripada kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kerugian yang ditanggung para penternak ikan yang terlibat dengan kejadian ini.

“Mungkin kita akan bantu penternak dari segi pemberian benih ikan, bantuan akan diberikan dengan persetujuan dan kelulusan daripada Ketua Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan kehadiran alga spesies Noctiluca Scintillans di perairan Teluk Bahang itu berpunca daripada aktiviti penambakan laut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ak-ke-kawasan-lain/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034259 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list