CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1613|Reply: 0

[Selangor] Wanita kena rasuk ketika daki Bukit Jugra

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan mangsa yang diselamatkan bomba di Bukit Jugra, Banting, Selangor, hari ini.

KUALA LANGAT – Pendakian enam sekeluarga di Bukit Jugra Trail, Banting di sini bertukar detik cemas apabila salah seorang daripadanya dipercayai dirasuki gangguan makhluk halus, hari ini.

Mangsa merupakan wanita berusia 20-an itu kemudiannya juga didapati meracau sebelum ahli keluarga menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.24 tengah hari tadi.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

“Siasatan mendapati wanita berusia lingkungan 20-an itu mendaki bukit berkenaan bersama lima ahli keluarganya.

“Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa yang sudah bekerja itu dipercayai meracau dan dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, pihaknya kemudian bertindak membawa turun mangsa dengan alat pengusung.

“Wanita itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi itu memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarganya bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... a-daki-bukit-jugra/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.316435 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list