CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mereka ingat macam Bangladesh...

[Copy link]
Post time 2-9-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode

MBS menyita barangan milik peniaga warga asing yang diletakkan di kaki lima tanpa kebenaran di hadapan premis di Jalan Dato’ Bandar Tunggal. Foto Ihsan Pembaca

Seremban: Mereka menjadikan premis rumah kedai di Jalan Dato' Bandar Tunggal, di sini, seperti di tempat asal mereka dengan menjual sayur dan buah-buahan di kaki lima.

Malah, warga asing dari Bangladesh yang menguasai deretan kedai di lokasi itu lebih berani apabila turut membuka warung menjual makanan dari negara mereka di hadapan kedai.

Susulan itu, peniaga warga asing yang berniaga di kaki lima terbabit diserbu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kelmarin susulan tular satu video yang memaparkan tindakan warga asing berkenaan.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara 8 hingga 9.15 malam kelmarin hasil aduan orang awam.

"Pasukan serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKKNS) memeriksa dua premis berkenaan yang diuruskan warga asing.

"Mereka didapati melakukan kesalahan menjalankan barangan basah yang diletakkan di kaki lima di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MBS 1981," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Veerapan berkata, siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) milik rakyat tempatan.

katanya, sitaan dilakukan ke atas kedua-dua premis terbabit kerana menjual barangan di kaki lima tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Kesemua barang sitaan disimpan di Setor Penyimpanan MBS di Jalan Labu, Seremban untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan beberapa warga asing berniaga sayur-sayuran di kaki lima premis di sekitar Seremban di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-macam-bangladesh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 1.202130 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list