View: 1392|Reply: 0
|
Faisal akui diri bukan ‘superstar’
[Copy link]
|
|
Faisal akui diri bukan ‘superstar’
FAISAL menyerahkan nasibnya sama ada berada dalam kesebelasan utama atau tidak kepada Pan-gon kerana menyedari saingan kuat dalam skuad negara. - FB FAM
TONGGAK Selangor, Faisal Halim tidak pernah melabel dirinya sebagai bintang Harimau Malaya atau pun ‘nama wajib’ yang perlu disenaraikan dalam skuad kendalian Kim Pan-gon itu.
Menyedari hanya memiliki 45 minit permainan, Faisal sedar tempatnya belum lagi selamat dan perlu kekal bersaing dengan pemain lain yang sudah bermain sekurang-kurangnya lima perlawanan sepanjang dirinya jalani penggantungan sebulan.
“Semua itu adalah keputusan jurulatih (tentukan tempat dalam skuad kebangsaan) saya hanya tunjukkan kualiti yang saya ada. Jika saya layak saya akan berada dalam pasukan dan jika tidak, mungkin orang lain.
“Sudah tentu kita main (menentang Syria dan China) dengan pasukan kuat kita mahu baiki apa kekurangan kita. Harap saya dapat tingkatkan prestasi saya untuk bantu pasukan kebangsaan” katanya.
Sebelum ini, Faisal dijatuhi hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).
Mengulas mengenai penyertaannya dalam skuad kebangsaan pada latihan pusat kali ini, Faisal akui lega kerana khidmatnya masih lagi ditagih Pan-gon.
“Memang ia rezeki buat saya dan ahli keluarga serta rakan sepasukan di Selangor beri saya kekuatan. Saya nak lakukan yang terbaik dan buktikan saya mampu,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ri-bukan-superstar/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|