CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2040|Reply: 1

'Lelaki monyet' diupah untuk halau monyet di New Delhi

[Copy link]
Post time 2-9-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode

PAPAN poster lotong dipasang di sekitar New Delhi untuk menakutkan monyet. FOTO Reuters

New Delhi: Pegawai India yang bersiap sedia untuk sidang kemuncak Kumpulan 20 (G-20), minggu depan, mengupah sepasukan 'lelaki monyet' dan memasang papan poster lotong untuk menghalang binatang itu daripada merosakkan jambangan bunga yang disediakan untuk pemimpin global.

The Straits Times melaporkan, majlis bandar raya New Delhi mengupah lebih 30 'lelaki monyet' yang boleh meniru jeritan agresif haiwan itu yang boleh menyebabkan kacau ganggu di bangunan kerajaan di ibu negara.


"Kami tidak boleh mengeluarkan monyet dari habitat semula jadinya, jadi (kami) mengerahkan sepasukan 30 'lelaki monyet' yang dilatih untuk menakutkan monyet," kata Naib Pengerusi Majlis Perbandaran New Delhi, Satish Upadhyat memberitahu AFP pada Rabu.

"Kami akan menempatkan satu 'lelaki monyet' di hotel tempat perwakilan akan menginap, serta di tempat di mana penampakan monyet dilaporkan," katanya.

Monyet adalah ancaman utama di India. Ia kerana haiwan itu sering memusnahkan taman, pejabat dan bumbung kediaman dan juga menyerang orang ramai untuk mendapatkan makanan.

Kawasan metropolitan Delhi, yang menempatkan kira-kira 30 juta penduduk, melakukan usaha mengindahkan bandarnya, sejak India memegang jawatan presiden G-20 tahun lalu.

Polis akan menutup pusat ibu negara untuk sidang kemuncak pada 9 dan 10 September. Selain itu, sekatan jalan akan diadakan, cuti diisytiharkan dan perniagaan ditutup

Bagaimanapun, ada kebimbangan terhadap monyet yang boleh menyerang di hadapan kenderaan membawa presiden dan perdana menteri dari 20 negara.

Justeru, majlis itu beralih kepada jabatan hutan untuk rancangan bagi menangani masalah itu.

Papan poster lotong menyamai saiz sebenar haiwan itu juga disediakan dalam usaha untuk menakutkan monyet.
sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:42 PM | Show all posts
perghhh haha monyet pon leh confius ginihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.091370 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list