CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP, SAM rayu PSI tidak diteruskan

[Copy link]
Post time 1-9-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-9-2023 01:13 PM

CAP, SAM rayu PSI tidak diteruskan

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI    01 September 2023     12:29pm





Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mohideen




GEOGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk tidak meneruskan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).

Dalam kenyataan bersama, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dan Setiausaha SAM, S Mageswari menyatakan kekesalan apabila kerajaan negeri mengumumkan kelulusan pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pulau Silikon oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.

Kata mereka, lebih mengecewakan, kerajaan negeri juga mengumumkan bahawa kerja-kerja persediaan awalan tambakan bagi projek itu akan bermula pada 1 September.

"Persoalannya kini, adakah kerajaan negeri sudah mendapat kebenaran merancang untuk memulakan projek di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976? Ini merupakan keperluan undang-undang yang perlu dipatuhi.

"Apa yang kita nampak, isu undang-undang telah diketepikan dan kami amat terkejut kerana Kerajaan Madani bertekad untuk meneruskan projek itu walau pun terdapat kebimbangan dan bantahan yang dibangkitkan oleh nelayan, termasuk daripada Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara), Persatuan Nelayan Kawasan Selatan Pulau Pinang dan semua unit perkampungan nelayan di situ," katanya pada Jumaat.

Tambah mereka, pengecilan skala projek daripada tiga pulau kepada satu pulau tidak meredakan kebimbangan semua pihak yang terlibat terutamanya komuniti nelayan.

"Sebelum ini, Pen Mutiara telah mencabar kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tetapi tiada tarikh pendengaran ditetapkan setakat ini oleh Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

"Projek ini tidak diperlukan kerana kami telah menyatakan berulang kali bahawa tanah di seberang (tanah besar) adalah lebih daripada mencukupi untuk sebarang pengembangan aktiviti ekonomi.


"Dengan adanya projek ini, ia akan memusnahkan ekosistem kehidupan laut yang tidak boleh diganti yang mana, perbuatan itu tidak wajar dan tidak masuk akal," tambah mereka.

CAP dan SAM turut mempersoalkan Kerajaan Madani yang sebelum ini sering mengakui bahawa peranan mereka adalah memastikan kepentingan keadilan sosial, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Kerajaan Madani sering melaungkan mereka bertindak demi kepentingan memastikan keadilan sosial, tetapi apa yang berlaku kini, mereka telah mengabaikan bantahan para nelayan. Ini jelas bertentangan dengan apa yang laungan mereka selama ini.

"Sekali lagi kami merayu kepada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Perdana Menteri khususnya supaya tidak memburukkan lagi ketidakadilan alam sekitar dan sosial dengan meneruskan projek penambakan.

"Tolong lah dengar suara kami terutamanya para nelayan dan tidak hanya membuat keputusan di atas kepentingan peribadi yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Tolong lah hentikan permulaan kerja dengan serta merta," katanya.

Sebelum ini, EMP bagi projek Pulau Silikon telah memperoleh kelulusan rasmi daripada JAS Pulau Pinang pada 21 Julai lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan itu adalah susulan daripada kelulusan Laporan EIA bagi PSI yang telah diberi kelulusan dengan 71 syarat oleh JAS pusat melalui surat bertarikh 11 April 2023.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.225760 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list