CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2125|Reply: 0

[Kedah] Stor haram simpan 30,000 liter minyak diesel diserbu

[Copy link]
Post time 31-8-2023 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Stor haram simpan 30,000 liter minyak diesel diserbu


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 31, 2023 @ 4:42pm [email protected]




Stor haram yang menyimpan lebih 30,000 liter minyak diesel di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, diserbu pihak berkuasa, semalam. NSTP/Ihsan KPDN




Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas lebih 30,000 liter minyak diesel selepas menyerbu sebuah stor haram di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Khanth, berkata operasi itu dilakukan secara bersepadu bersama Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah pada jam 9.30 pagi.

Beliau berkata, operasi adalah berdasarkan sumber risikan polis yang dilakukan selama dua minggu.

"Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai pekerja iaitu seorang lelaki tempatan berusia 50-an dan seorang lelaki Thailand berada di kawasan itu.

"Hasil pemeriksaan kemudian menemui dua unit tangki, sembilan unit IBC Tank yang berisi bahan api yang disyaki diesel berjumlah lebih 30,000 liter, tiga
kenderaan bernombor pendaftaran Thailand serta beberapa peralatan lain yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan.

"Jumlah nilai rampasan diesel dianggarkan lebih RM64,500 dan barang rampasan lain dianggarkan berjumlah RM200,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Affendi berkata, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM264,500 dan dua lelaki terbabit ditahan untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Sekiranya disabitkan dengan kesalahan mengikut akta ini, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi pertubuhan perbadanan pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM5 juta," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042649 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list