CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 0

[Kedah] 117 motosikal disita dalam operasi Ambang Merdeka

[Copy link]
Post time 31-8-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode
117 motosikal disita dalam operasi Ambang Merdeka

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 31, 2023 @ 11:33am  [email protected]




Sekumpulan penunggang motosikal menolak motosikal masing-masing selepas ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Pokok Sena sempena Ambang Merdeka 2023. - Foto ihsan PDRM




ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 14 tahun antara 695 individu ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi Op Samseng Jalanan sempena Ambang Merdeka 2023, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata operasi Op Samseng Jalanan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bermula jam 10 malam tadi.

"Pegawai dan anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap 695 individu yang berkumpul di kawasan Pokok Sena. Daripada jumlah itu, 578 motosikal diperiksa untuk tindakan lanjut.

"Sejumlah 481 saman pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dan 117 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pesalah trafik yg paling muda dalam operasi itu berusia sekitar 14 tahun hingga 20-an.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen, menunggang di bawah umur dan mengubah suai motosikal.

"Mereka yang ditahan kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil.

"Kesemua motosikal dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.316419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list