View: 1833|Reply: 0
|
Penyokong United terkejut harga pinjam Cucurella
[Copy link]
|
|
Pemain pertahanan kiri dari Sepanyol, Marc Cucurella sudah tidak mendapat tempat dalam pasukan berwajah baharu Chelsea di bawah kendalian Mauricio Pochettino. – Foto premierleague.com
LONDON: Manchester United dilapor menawarkan £2 juta (RM11.7 juta) untuk mendapatkan khidmat Marc Cucurella secara pinjaman dari Chelsea.
The Red Devils memasuki pasaran perpindahan untuk mencari pemain pertahanan kiri selepas kecederaan melanda Luke Shaw.
Wartawan pakar perpindahan Fabrizio Romano mendakwa United membuat tawaran mengejut untuk membawa pemain Sepanyol itu secara pinjaman semusim.
Bagaimanapun, laporan itu menambah The Blues mahukan bayaran tinggi jika mereka meminjamkan Cucurella yang berusia 25 tahun.
The Athletic menyatakan Chelsea meminta sebanyak £7 juta (RM41 juta) untuk bersetuju dengan perjanjian membabitkan pemain pertahanan yang dibeli dari Brighton dengan harga £62 juta (RM363 juta) tahun lalu.
Kedua-dua laporan menyebut rundingan akan diteruskan ketika United berusaha untuk mengukuhkan benteng pertahanan mereka.
Peminat United pula berharap mereka tidak akan berbelanja sebanyak itu untuk mendapatkan pemain Chelsea yang gagal itu.
Seorang menciap: "7 juta terlalu tinggi."
Peminat kedua berkata: "£7 juta untuk meminjam pertahanan kiri."
Penyokong ketiga menulis: "Jangan bayar Chelsea lebih sekali lagi."
Wargamaya keempat berkata: "Chelsea memeras ugut kita..."
Seorang lagi menambah: "£7 juta bagi pilihan ketiga anda di pertahanan kiri, di belakang beberapa pemain yang beraksi dalam Liga Kejuaraan musim lalu."
Turut didakwa United menimbang untuk memikirkan pilihan pertahanan kiri lain termasuk bintang Lyon dari Argentina, Nicolas Tagliafico.
Pasukan kendalian Erik ten Hag berdepan krisis kecederaan dengan Shaw diketepikan selain Mason Mount dan Raphael Varane. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-pinjam-cucurella |
|
|
|
|
|
|
| |
|