View: 1396|Reply: 0
|
Piala Liga: Spurs tersingkir awal
[Copy link]
|
|
REAKSI kecewa barisan pemain Spurs selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS
London: Ange Postecoglou mempertahankan pemilihan pasukannya susulan mengalami kekalahan pertamanya selaku pengurus Tottenham apabila Fulham menang 5-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada masa sebenar di pusingan kedua Piala Liga, awal pagi tadi.
Postecoglou mempamerkan keyakinan pada musim pertamanya mengendalikan Tottenham apabila melakar kemenangan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Manchester United dan Bournemouth sebelum seri menentang Brentford.
Tetapi bekas bos Celtic itu terpaksa membayar harga yang tinggi selepas melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utamanya di Craven Cottage.
Postecoglou memberikan peluang kepada Manor Solomon melakukan penampilan sulung, manakala Giovani Lo Celso dan Pierre-Emile Hojbjerg berada dalam kesebelasan utama walaupun terdapat spekulasi berhubung masa depan mereka.
Bos Fulham, Marco Silva turut melakukan enam pertukaran namun Tottenham jelas lebih bergelut dengan prestasi.
Gol sendiri Micky van de Ven pada minit ke-19 membolehkan Fulham mendahului apabila pemain pertahanan itu tertampan masuk hantaran silang Tom Cairney melepasi penjaga gol Fraser Forster.
Tottenham menggunakan kesempatan susulan insiden mencurigakan yang menyebabkan Fulham beraksi 10 pemain untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-56.
Masalah dengan kasut bola Kenny Tete menyaksikan pertahanan Fulham itu berlari ke terowong untuk mengganti but baharu di bilik persalinan.
Beberapa ketika kemudian, Ivan Perisic melakukan hantaran silang dari posisi Tete dan Richarlison menanduk masuk dari sudut sukar.
Postecoglou memasukkan pemain berstatus bintang, James Maddison dan Son Heung-min pada separuh masa kedua, tetapi kekal mempertahankan keputusannya memilih pemain kurang berpengalaman.
"Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai pemain saya? Ia bukan bermakna piala ini atau apa sahaja perlawanan tidak penting.
"Kami berada di peringkat untuk memahami pasukan ini dan kami perlu memberi peluang kepada pemain lain.
"Kami akan memerlukan mereka ini jika terdapat sebarang masalah di sepanjang saingan musim ini termasuk kecederaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... urs-tersingkir-awal |
|
|
|
|
|
|
| |
|