CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 0

[Pulau Pinang] Misteri ribuan ikan mati, terapung di perairan Teluk Bahang

[Copy link]
Post time 28-8-2023 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Misteri ribuan ikan mati, terapung di perairan Teluk Bahang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 28, 2023 @ 7:44pm [email protected]




Sebahagian daripada ikan yang ditemukan mati dan terapung di perairan Teluk Bahang. - Foto ihsan Pak Atan




TELUK BAHANG: Pengusaha chalet dan nelayan, di sini, bingung melihat ribuan bangkai ikan terapung di perairan ini, sejak tiga hari lalu.

Pengusaha chalet yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Atan, 65, berkata beliau menyedari insiden itu pada Sabtu lalu apabila hampir 15 kilogram (kg) ikan di dalam bubu yang dipasangnya didapati mati.

Katanya, beliau menahan ikan dalam bubu berhampiran chalet untuk dijual kepada pengusaha restoran serta peniaga kecil, bagi menjana pendapatan sambilan.

Pak Atan mendakwa, ia adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku sejak beliau mengusahakan chalet di kawasan berkenaan kira-kira 20 tahun lalu.

"Pada mulanya, saya menyangka air di sekitar perairan ini dicemari racun sehingga menyebabkan semua ikan di dalam bubu itu mati, sebelum diberitahu rakan nelayan bahawa ribuan ikan didapati terapung di permukaan laut.

"Saya berputih mata apabila lebih 20 kilogram ikan, termasuk kerapu, di dalam bubu mati yang kesemuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM2,000," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Pak Atan berkata, beliau percaya keadaan itu berlaku akibat kekurangan oksigen di laut dan bukan pencemaran racun.

Beliau mendakwa, kawasan perairan yang terjejas dengan kejadian itu meliputi sekitar Teluk Bahang hingga ke Monkey Beach dan Teluk Kampi yang mengambil masa lebih 40 minit perjalanan menaiki bot.

"Antara hidupan laut yang mati ialah ikan kerapu, pari, sembilang, senangin, ketam, selar dan kerisi. Lebih membimbangkan ialah bangkai ikan terbabit hanyut ke pantai, sebagai contoh ikan cuka yang mempunyai duri dan ia berbahaya kepada pengunjung yang bermandi-manda," katanya.

Difahamkan, permukaan air di kawasan yang terjejas itu bertukar kepada warna seperti merah jambu, dan didakwa juga pernah berlaku pada April lalu tetapi tidak ketara.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 2.120608 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list