View: 2173|Reply: 0
|
City bergelut, Villa tenang
[Copy link]
|
|
HAALAND terlepas peluang menyempurnakan penalti buat City. FOTO Reuters
Sheffield: Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-1 ke atas Sheffield United selepas Rodri menjaringkan gol di lewat perlawanan untuk memperoleh kemenangan ketiga musim ini.
Erling Haaland, yang terlepas peluang menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama, membuka jaringan untuk City selepas sejam aksi berlangsung hasil tandukan jarak dekat berpunca daripada hantaran lintang Jack Grealish.
Jayden Bogle menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-85 apabila tuan rumah mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan lawan dan merembat melepasi penjaga gol City, Ederson.
Penyandang juara meraih tiga mata apabila Rodrid melepaskan rembatan separuh voli pada minit ke-88.
Sementara itu, pertahanan, Matty Cash meledak dua gol pada separuh masa pertama untuk membantu Aston Villa menang 3-1 ke atas Burnley.
Cash, yang beraksi buat kali ke-100 bersama Villa, meletakkan pelawat di depan pada minit kelapan selepas menyudahkan hantaran lintang Ollie Watkins dan menggandakan jaringan 12 minit kemudian.
Turut meledak gol untuk Villa ialah Moussa Diaby pada separuh masa kedua.
Gol tunggal tuan rumah hadir pada minit ke-47 menerusi Lyle Foster.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rgelut-villa-tenang |
|
|
|
|
|
|
| |
|