View: 2157|Reply: 0
|
Kane semakin serasi bersama rakan baharu
[Copy link]
|
|
KANE ledak dua gol untuk bantu kemenangan Bayern atasi Augsburg. -FOTO AFP
Berlin: Hanya dua minggu selepas berpindah ke Bayern Munich, kapten England, Harry Kane berkata pada hari dia "menyukai tarikan kimia" bersama rakan sepasukan baharunya.
Bercakap selepas menjaringkan dua gol pada penampilan sulungnya dalam liga ketika Bayern menang 3-1 ke atas Augsburg, Kane berkata dia sudah membina persefahaman di atas padang dengan rakan-rakannya.
"Saya sudah berada di sini beberapa minggu dan saya menyukai tarikan kimia yang kami bina," kata Kane.
"Ia akan berkembang lebih dan lebih apabila kami bermain."
Kane menjaringkan gol kedua Bayern dari sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama dan menambah jaringannya pada pertengahan babak kedua.
Kane berpindah ke Bayern dari Tottenham, di mana dia menghabiskan seluruh kariernya tanpa memenangi trofi pada awal Ogos.
Bayern memecahkan rekod perpindahan mereka untuk menandatangani kapten England itu apabila membayar €100 juta euro (RM502.39 juta).
Ketika menandatangani kontrak dengan juara Jerman itu, Kane berkata dia datang ke Bayern untuk memenangi trofi dan menjadi lebih baik.
Dia kini sudah meledakkan tiga gol dan membantu dua gol dalam dua perlawanan Bundesliga.
"Setiap hari kami belajar dalam latihan, setiap perlawanan kami belajar lebih banyak tentang satu sama lain," tambahnya.
"Kami mempunyai beberapa kualiti yang hebat dan anda akan sentiasa bergantungan antara satu sama lain."
Kane, yang baru menyambut anak keempatnya seorang anak lelaki minggu ini berkata, dia sudah menetap di ibu kota Bavaria.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ersama-rakan-baharu |
|
|
|
|
|
|
| |
|