CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4853|Reply: 0

[Kedah] Mayat hilang dihanyut arus ditemui di dasar longkang

[Copy link]
Post time 27-8-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba mengangkat mayat tanpa identiti yang ditemui di dasar longkang besar di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Satu mayat lelaki tanpa identiti yang ditemui di dalam longkang besar sebelum hilang dihanyutkan arus deras di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya semalam, ditemui semula pada pagi ini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu di dalam longkang tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu daripada seorang anggota bomba yang bertugas di balai tersebut pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

Katanya, mayat mangsa bagaimanapun hilang akibat dihanyutkan arus selepas hujan lebat kira-kira 20 minit selepas itu.

“Anggota polis melakukan operasi mencari mayat mangsa dengan bantuan lima anggota bomba dalam radius 10 kilometer dari tempat mayat ditemui.

“Walau bagaimanapun, sehingga pukul 7.30 malam semalam, mayat gagal ditemui dan operasi mencari ditangguhkan pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, operasi disambung semula pada pukul 8.30 pagi tadi dan mayat mangsa ditemui kira-kira sejam kemudian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan termasuk melakukan semakan berkaitan laporan orang hilang dengan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -di-dasar-longkang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056147 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list