View: 3482|Reply: 0
|
Jual Kelantan FC pada harga murah – penyokong
[Copy link]
|
|
PEMAIN-pemain Kelantan FC (jersi merah) tidak mampu menahan kecewa selepas gawang mereka berterusan dibolosi Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin. – MINGGUAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman terus berdepan desakan agar menjual pasukan itu selepas ditimpa satu lagi kekalahan memalukan, 2-11 kepada Selangor dalam aksi Liga Super kelmarin.
Beberapa kelab penyokong The Red Warriors (TRW) percaya kekalahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu bukti terbaru Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham gagal menguruskan pasukan.
Biarpun Norizam berulang kali menegaskan, beliau sedia melepaskan Kelantan FC jika mendapat tawaran sesuai dan bertemu individu yang ikhlas, namun penyokong percaya, TRW sukar dijual kerana harga yang diletak terlalu tinggi.
“Kalau tidak mampu undurlah secara terhormat, berilah peluang kepada orang lain yang lebih mampu. Saya lihat jika keadaan ini berterusan, nilai TRW akan terus jatuh menjunam.
“Saya jangka nilai pasaran TRW ketika ini berpandukan prestasi sekitar RM1.5 juta sahaja. Itu pun sudah dikira terlalu tinggi dengan beban hutang pasukan ketika ini,” kata Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRWKB) Mohd. Zainy Zain kepada Mingguan Malaysia.
Kekalahan kepada Selangor hadir seminggu selepas Kelantan FC dibelasah 10-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Malaysia, dan pada 9 Ogos lalu, mereka turut diratah 0-8 oleh Terengganu FC.
Secara keseluruhan, Kelantan FC telah dibolosi 87 kali dalam 21 perlawanan musim ini, rekod terburuk mereka sejak penubuhan pasukan pada 1946.
Sejurus tamat perlawanan, sekumpulan penyokong bertindak membakar suar di luar stadium sambil melaungkan desakan meminta agar Norizam berundur.
Di dalam stadium, ketika perlawanan berlangsung sekumpulan penyokong membentuk emoji sedih di tempat duduk penonton.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ga-murah-penyokong/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|