View: 3127|Reply: 0
|
United bangkit benam Fullam, Arsenal sekadar seri
[Copy link]
|
|
PEMAIN Manchester United Antony terjatuh ketika cuba dihalang pemain Ola Aina, Nottingham Forest di Old Trafford. -FOTO AFP
Manchester, United Kingdom: Manchester United bangkit daripada bolos dua kali dalam empat minit pertama untuk menewaskan Nottingham Forest 3-2 ketika Arsenal kehilangan mata buat kali pertama musim ini selepas melakar keputusan seri 2-2 dengan Fulham yang beraksi 10 pemain.
Keputusan itu menyaksikan pesaing The Gunners, Tottenham kekal di kedudukan teratas dengan perbezaan gol selepas menang 2-0 di Bournemouth.
Manakala United yang sedang berusaha bangkit untuk memulakan musim dengan lebih baik selepas tewas 0-2 kepada Tottenham hujung minggu lalu tidak bermula dengan baik di Old Trafford.
Taiwo Awoniyi meledak dari sudut United untuk menjaringkan gol ketujuh berturut-turut dalam perlawanan Liga Perdana hanya selepas 90 saat beraksi.
Hanya dalam tiga minit dan 45 saat pada masa itu Willy Boly kemudiannya menjaringkan gol bermula dari sepakan percuma Morgan Gibbs-White.
United terselamat dengan kemenangan 1-0 ke atas Wolves pada perlawanan pertama musim ini, di sebalik dikuasai oleh pelawat, sekali gus mengendurkan jangkaan mereka boleh mencabar kejuaraan pertama liga dalam tempoh sedekad.
Namun mereka bangkit dengan penuh bergaya untuk meraih tiga mata.
Christian Eriksen memulakan kebangkitan itu apabila dia menyempurnakan hantaran lintang Marcus Rashford.
Casemiro terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat tetapi dia menebus kegagalan itu apabila merembat masuk umpanan Bruno Fernandes.
Kapten Forest, Joe Worrall kemudian dibuang padang 23 minit sebelum tamat kerana menjatuhkan Fernandes.
Kapten United yang baharu itu dikritik kerana bahasa badannya ketika mereka tewas kepada Spurs, tetapi Fernandes menebusnya menerusi sepakan penalti selepas Rashford dijatuhkan di kawasan tersebut.
"Ia bukanlah permulaan yang sempurna untuk kami tetapi kami terus mengawal, mengekalkan bola dan mula melakukan perkara yang betul," kata Fernandes.
"Pasukan mempamerkan semangat juang tinggi, keinginan kuat untuk menang. Kami hanya perlu berhati-hati dan tidak melepaskan gol terlalu awal."
Arsenal turut bermula buruk apabila Andreas Pereira menghukum kesilapan hantaran lemah Bukayo Saka sebelum mengatasi Aaron Ramsdale pada minit pertama di Emirates.
Fulham bertahan dengan baik lebih 70 minit namun kedegilan mereka akhirnya dipatahkan apabila Saka menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.
Dua gol dalam tempoh dua minit kelihatan mampu mengubah kedudukan apabila pemain gantian Eddie Nketiah merembat masuk hantaran silang Fabio Vieira.
Pemain Fulham, Calvin Bassey kemudian dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.
Namun pasukan yang beraksi 10 pemain itu meraih satu mata apabila Joao Palhinha menjaringkan gol susulan sepakan sudut tiga minit sebelum tamat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rsenal-sekadar-seri |
|
|
|
|
|
|
| |
|