View: 1487|Reply: 0
|
Messi mungkin rehat jumpa Red Bulls
[Copy link]
|
|
Lionel Messi bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan mara ke final Piala Terbuka AS selepas menundukkan Cincinnati menerusi penentuan penalti Rabu lalu. – Foto Twitter Inter Miami CF
NEW YORK: Jurulatih Inter Miami, Gerardo Martino memberi bayangan Lionel Messi mungkin tidak diturunkan dalam kesebelasan utama bagi aksi Major League Soccer (MLS) menentang New York Red Bulls di gelanggang lawan awal pagi esok.
Messi bermain lapan perlawanan dalam tempoh sebulan bersama Miami dalam kempen kejayaan mereka menjuarai Piala Liga-Liga dan kemenangan pada separuh akhir Piala Terbuka AS di Cincinnati Rabu lalu.
Ditanya pada sidang akhbar sama ada Messi akan bermain dalam perlawanan pertama Miami bagi musim MLS sejak ketibaan pemain Argentina itu, Martino berkata tiada keputusan dibuat mengenainya lagi.
"Kami akan lihat selepas latihan, selepas kami bercakap dengan pemain. Mereka berehat sejak perlawanan di Cincinnati, dengan hanya sesi latihan ringan di hotel," katanya.
Dengan tiket dijual pada harga premium bagi perlawanan awal pagi esok di Red Bull Arena, New Jersey, ketiadaan Messi pasti menjadi kehampaan besar buat beberapa puluhan ribu peminat.
Namun Martino berkata, beliau tidak boleh membenarkan dirinya terpengaruh dengan faktor sebegitu.
"Saya faham dengan jangkaan seluruh dunia mahu melihatnya, itu tidak dapat dinafikan," katanya.
Jurulatih Gerardo Martino memeluk Lionel Messi selepas Inter Miami mengatasi Cincinnati menerusi penentuan penalti pada separuh akhir Piala Terbuka AS, Rabu lalu. – Foto Twitter Inter Miami CF
"Tetapi saya tidak boleh bertindak berdasarkan itu kerana mungkin saya berisiko melakukan kesilapan. Satu-satunya perkara yang fikirkan adalah sama ada dia boleh bermain atau sebaliknya," tegas Martino.
Bagaimanapun Martino menyatakan jika beliau cuba merehatkan Messi, yang menjaringkan 10 gol buat Miami setakat ini, beliau mungkin mendapat tentangan pemenang Piala Dunia itu.
"Sepanjang kariernya, dia sering kali mahu bermain setiap perlawanan dan kadangkala anda perlu meyakinkannya untuk berehat supaya dia boleh pulih, tetapi saya tidak memberikan tumpuan kepada tekanan luar apabila memutuskan jika dia patut bermain atau tidak," kata Martino, yang turut pernah melatih Messi di Barcelona dan pasukan kebangsaan Argentina.
Messi bermain selama 120 minit masa tambahan dan kemenangan penentuan penalti ke atas Cincinnati Rabu lalu dan menunjukkan tanda-tanda keletihan - begitu juga bekas rakan sepasukan Barca, Sergio Busquets dan Jordi Alba.
Rentak dua perlawanan seminggu berterusan bagi Miami dengan perlawanan di laman sendiri menentang Nashville menyusul pada Rabu depan.
Miami menghuni tangga tercorot Eastern Conference tetapi berharap dalam tempoh 12 perlawanan akan datang, Messi boleh membantu mereka melonjak ke tangga sembilan teratas sekali gus tempat ke playoff. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... hat-jumpa-red-bulls |
|
|
|
|
|
|
| |
|