View: 2717|Reply: 0
|
Penyokong Kelantan FC mengamuk
[Copy link]
|
|
Penyokong Kelantan FC mengamuk
INSIDEN pembakaran suar oleh penyokong Kelantan FC. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Tidak cukup dengan membentuk formasi emoji sedih di tempat duduk penonton, segelintir penyokong Kelantan FC bertindak membakar suar di luar Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kekecohan itu susulan kekalahan terbesar Kelantan 2-11 kepada Selangor FC dalam aksi perlawanan ke 21 Liga Super.
Dalam beberapa hantaran video berdurasi lapan hingga 12 saat memaparkan sekumpulan penyokong dengan percikan api melaungkan kata-kata mahu pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman untuk keluar daripada (melepaskan) The Red Warriors.
Tindakan itu dipercayai dilakukan penyokong di tempat letak kereta berhadapan stadium ketika perlawanan masih berlangsung.
Bagaimanapun, situasi dapat dikawal dan hanya berlangsung beberapa minit sebelum ditenteramkan oleh sepasukan anggota polis.
Kekalahan terbesar itu turut meninggalkan kesan ke atas penjaga gol Kelantan, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi yang kelihatan terlalu sedih sehingga terpaksa dipapah keluar rakan sepasukan selepas wisel penamat dibunyikan.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRW Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid dalam hantaran di laman sosial Facebook beliau memaklumkan pihaknya akan bertanggungjawab penuh terhadap kekalahan TRW malam tadi.
Kelantan terus dibaham lawan selepas gagal mendaftarkan empat import baru dengan hanya beraksi dengan satu import, Natanael Siringo Ringo dalam baki saingan liga musim ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elantan-fc-mengamuk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|