View: 2655|Reply: 0
|
Chelsea akhirnya raih kemenangan pertama
[Copy link]
|
|
Chelsea akhirnya raih kemenangan pertama
STERLING meraikan kejayaannya menjaringkan gol buat Chelsea. -FOTO Reuters
London: Raheem Sterling menyerlah dengan dua gol dan Nicolas Jackson meledak gol sulungnya untuk kelab itu ketika Chelsea menewaskan Luton 3-0 untuk menghadiahkan Mauricio Pochettino kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai bos The Blues awal pagi tadi.
Sterling meneruskan permulaan memberangsangkan musim ini dengan persembahan memukau diikuti jaringan membantu gol Jackson.
Kembalinya penyerang England itu kepada prestasi terbaiknya petanda awal Pochettino menghidupkan semula pasukan yang bergelut dengan teruk musim lalu.
Pochettino, yang hanya mengambil alih pada Julai lalu, pantas menagih yang terbaik daripada Sterling selepas kariernya dilihat terancam susulan berikutan musim pertama yang hambar dengan Chelsea.
"Dari segi pemikiran saya datang ke Chelsea pada masa yang sukar. Perkara yang paling penting adalah saya muhasabah diri dan mahu kembali menumpukan sepenuhnya terhadap bola sepak, ia semudah itu," kata Sterling.
"Pandangan anda mungkin agak kabur dan kadangkala anda memerlukan pandangan yang jelas. Kecintaan saya terhadap bola sepak terlalu tinggi dan pada usia 28 tahun, saya tidak mahu gagal."
Selepas seri 1-1 dengan Liverpool dan kemudian tewas 3-1 di West Ham, Pochettino pasti mengharapkan kemenangan pertama Chelsea di laman sendiri sejak Mac lalu akan memulakan karier pengurusannya di Stamford Bridge.
Bagaimanapun beliau hadir tanpa sembilan pemain utama kerana kecederaan dengan kapten Reece James dan pemain dibeli pada musim panas Christopher Nkunku dan Romeo Lavia antara yang diketepikan.
Pemain tengah Ecuador, Moises Caicedo beraksi mantap dalam kesebelasan utama Chelsea buat kali pertama sejak perpindahan rekod Britain £115 juta (RM671 juta) dari Brighton.
Caicedo mengharungi malam sukar pada aksi sulung menentang West Ham apabila dia memberikan lawan sepakan penalti dan kelihatan berkarat selepas masuk sebagai pemain gantian, tetapi kali ini dia tampil lebih bertenaga.
Sterling membuka tirai jaringan dengan gaya memukau pada minit ke-17, meluru di sayap kiri dan menggelecek tiga pertahanan Luton sebelum merembat leret kencang ke penjuru gol.
Bertentangan dengan arus perlawanan, Luton hampir meraih gol penyamaan mengejutkan menerusi Ryan Giles, yang menyambut umpanan Elijah Adebayo sebelum melakukan percubaan yang terbias sekali gus membuatkan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez panik seketika.
Namun Sterling memastikan penguasaan Chelsea tidak berakhir dengan kekecewaan apabila dia menyumbat gol kedua pemusnah pada minit ke-68.
Malo Gusto mencipta umpanan gol dengan hantaran leret yang disambut Sterling dengan penamat klinikal dari jarak lapan ela.
Sterling menjadi pengumpan tujuh minit kemudian dengan hantaran silang yang melepasi benteng Luton sebelum penyerang Senegal, Jackson merembat masuk dari jarak dekat.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kemenangan-pertama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|