|
Bruno Fernandes (kanan) dilabel hipokrit selepas mengkritik pengadil ketika aksi Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Tottenham. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Bruno Fernandes dilabel hipokrit selepas mengkritik pengadil ketika aksi Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Tottenham.
Kapten Man United itu berang selepas pasukannya tidak diberikan sepakan penalti apabila sepakan Alejandro Garnacho terkena tangan pertahanan Tottenham, Cristian Romero.
United tewas 2-0 pada perlawanan itu, namun dalam temu bual selepas perlawanan, Fernandes menuntut ketua pengadil, Jon Moss membuat permohonan maaf.
"Minggu lalu mereka beriya-iya apabila Wolves tidak diberikan sepakan penalti menentang United.
"Saya ingin lihat jika Jon Moss boleh datang ke bilik persalinan kami seperti yang mereka kata dia lakukan untuk pengendali Wolves," kata Fernandes.
Bagaimanapun Fernandes memberikan reaksi berbeza pada perlawanan sebelum ini, apabila United mendapat kelebihan hasil kesilapan pengadil.
Wolves dinafikan sepakan penalti selepas Andre Onana mengasari penyertan Wolves, Sasa Kalajdzic tanpa memenangi bola.
United menang 1-0 dan selepas perlawanan Fernandes mengulas insiden berkenaan dengan berkata: "Saya tidak tahu, ia seperti apa yang pengadil nampak."
Peminat merasakan pemain Portugal itu seorang yang hipokrit apabila memberi reaksi berbeza jika keadaan tidak berpihak kepada pasukannya.
"Bruno adalah bahan jenaka setiap kali memberikan pendapat tentang perkara selain hantaran jauh dan situasi bola mati," kata salah seorang peminat.
"Bruno Fernandes seorang perengus dan hipokrit paling besar pernah saya lihat!" kata seorang lagi.
Seorang lagi menulis: "Tidak salah merungut tentang pengadil, tetapi sekurang-kurangnya biarlah konsisten."
United akan kembali beraksi pada Sabtu ini menentang Nottingham Forest. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -fernandes-hipokrit |
|