|
Piala Malaysia: JDT terkejut mampu menang besar
BERGSON berjaya meledak hatrik ketika membelasah Kelantan 10-0 pada aksi kelmarin.
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
AYAM tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak menyangka apabila berjaya membantu pasukan merekodkan kemenangan terbesar musim ini selepas mengalahkan Kelantan FC 10-0 pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia, malam kelmarin.
Pada perlawanan itu, Bergson turut memainkan peranan penting setelah meledak hatrik bagi memastikan JDT mara ke suku akhir Piala Malaysia penuh bergaya dengan mencatatkan agregat 15-1.
Bergson akui sepanjang kariernya sebagai pemain profesional tidak pernah merekodkan kemenangan seperti itu.
“Ini adalah satu keputusan yang luar biasa dan JDT telah melakukan tugas menakjubkan, saya juga terkejut kerana ketika bertemu di mereka pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, mereka beraksi dengan baik.
“Ini adalah kali pertama dalam karier saya di mana saya membantu pasukan menewaskan lawan dengan jaringan sebesar ini, ini adalah hasil dedikasi setiap pemain yang dahagakan kemenangan,” katanya.
Pada perlawanan itu, penyerang baharu JDT dari Jepun, Takahiro Kunimoto turut meledak dua gol pada aksi pertamanya bersama pasukan menang 10-0 ke atas Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Tambah Bergson, dia menuntut rakan sepasukan Harimau Selatan untuk meneruskan rentak kemenangan seterusnya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia setelah melangkah ke pusingan suku akhir.
“Memandangkan kami sudah berada di suku akhir, kami bersedia untuk cabaran seterusnya dan memberikan segalanya untuk memenangi satu lagi trofi pada musim ini.
“Ini adalah hasil kerja keras setiap pemain semasa sesi latihan dan berjaya menterjemahkan komitmen sama ketika di atas padang, Kita boleh lihat disiplin yang dipamerkan mereka, kita akan buktikan pada lawan kemampuan kita yang sebenar,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... mampu-menang-besar/
|
|