CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5583|Reply: 14

Kesalahan dalam Berhujah

[Copy link]
Post time 28-12-2010 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Salamun 'Aleik

Ada tak sesiapa kat sini yang belajar dalam ilmu berhujah atau ilmu logika? Harap2 ada peguam atau sesiapa yang pernah mengikuti pengajian kursus perundangan di sini. Mungkin diorang lebih mahir dan boleh berkongsi dengan kita.

Dalam forum malah dalam perbualan seharian pun, kita sering suarakan pendapat kita dengan menghujahkan informasi atau pengetahuan yang kita ada. Dalam hal ini, semua orang ada pengetahuan dan kelebihan masing2 tapi tanpa kita sedar, kadang2 kita sering melakukan kesalahan dalam berhujah menyebabkan mesej yang disampaikan tidak tepat atau berlakunya salah faham tentang isu yang dibincangkan.

Jadi harapnya thread ni kita dapat sama2 berkongsi untuk membincangkan kesalahan dalam berhujah. Dalam logical reasoning, ia dipanggil fallacy, manakala dalam ilmu mantik ia disebut al-Mughalatah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2010 10:28 PM | Show all posts
Menyerang Peribadi

Salah satu kebiasaan yang kita sering lakukan dalam berhujah ialah kita suka menyerang peribadi orang yang bertentangan dengan kita dan ia bertujuan untuk mematahkan hujahnya secara terus.

Kesalahan ini dipanggil Ad Hominem atau maknanya menyerang peribadi lawan iaitu apa yang disentuh dalam hujah kita bukanlah pematahan hujah miliknya tetapi penyerangan peribadinya, supaya ia terus mati akal dan keadaan itu menyebabkan dia dianggap sebagai kalah hujah pada pandangan umum.

Yang sebenarnya tindakan ini merupakan kesalahan dalam berhujah kerana hujah pihak lawan itu dipatahkan hanya dengan menyentuh perkara yang tidak relevan dengan isu yang dibincangkan tetapi lebih kepada tentang peribadi si penghujah itu sendiri.

Contoh 1: Mak Cik Minah dan Mak Usu sedang berbicara tentang berita semasa yang berkaitan dengan seorang pelajar dirotan guru besar.

Mak Cik Minah: Aku rasa guru2 ni kena la bersikap adil siket dalam memberi hukuman kepada pelajar2, bukannya pakai terus hukum membabi buta. Budak2 ni pun ada perasaannya, mungkin ada sebab musabab yang kita tak tahu sebagai orang dewasa.

Mak Usu: Hek eleh, dah kau tu yang tak pandai jaga anak, kau nak salahkan guru pulak. Padanlah aku dengar haritu anak kau tu kena rotan kan, dah maknya kasi lemak banyak sangat!

Dalam situasi di atas, jelas sekali Mak Usu yang tidak bersetuju dengan pendapat Mak Cik Minah tersebut sepatutnya memberikan hujahnya sendiri tanpa perlu menyentuh peribadi Mak Cik Minah dan anaknya.

Walaupun mungkin pernyataan kita betul mengenai keburukan diri si penghujah tersebut, tetapi dalam tertib berhujah, ia tetap tidak memberi apa-apa makna untuk mengatakan kita telah mematahkan hujahnya yang sebelum itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2010 11:28 PM | Show all posts
Kecenderungan kepada Autoriti

Kadang-kadang, kita gemar memperkuatkan hujah kita dengan mengambil kata-kata atau pendapat orang yang terkenal dalam membincangkan sesuatu isu padahal orang tersebut bukanlah ahli atau mahir dalam isu yang kita bincangkan.

Hanya sebab dia orang yang terkenal, tinggi kedudukannya dalam masyarakat atau mungkin seorang yang mahir dalam sesuatu bidang, maka kita mengambil kira pendapat peribadinya seolah-olah ia mengesahkan hujah kita sebagai benar. Kesalahan ini dipanggil Ad Verecundiam.

Jikalau orang yang kita gunakan pendapatnya itu tiada kelayakan dalam isu yang kita bincangkan, maka pendapatnya tidak wajar diambil sebagai sokongan pada hujah kita kerana dia pun sama saja dengan kita yakni mengeluarkan pendapat peribadinya sendiri.

Contoh: Badri bercerita tentang peristiwa Holocaust kepada Adam

Badri: Holokaus telah mengorbankan 6 juta Yahudi dalam masa beberapa tahun perang saja, dahsyat jugak kan.

Adam: Yer ker? Tapi Presiden Iran kata Holokaus tu palsu je sebenarnya, agenda konspirasi Yahudi untuk meraih simpati dunia.

Badri: Kenapa dengan Presiden Iran tu? Dia bukan pakar sejarah dunia pun. Habis testimoni ahli keluarga mangsa yang terselamat tu takkan semuanya tipu?

Adam: Ye lah dia kan salah sorang pemimpin dunia mestilah dia dah ambil tahu semua ni, lagipun dia kan pemimpin Islam paling lantang, so dia dah kaji betul2 la pasal Yahudi ni. Kat Iran tu pun ada komuniti Yahudi terbesar selepas Israel. Jadi sebagai pemimpin dia pun dah arif perangai Yahudi ni yang suka auta. Bohong je semua tu.

Senario di atas menunjukkan Adam menjadikan Presiden Iran yang dikatakan sebagai pemimpin Islam yang lantang itu sebagai sumber pendapatnya untuk menyanggah kebenaran peristiwa Holokaus walaupun dia tahu beliau bukanlah seorang ahli sejarawan dunia yang arif tentang isu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:36 AM | Show all posts
nais thread.....................teruskan`~!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 06:10 PM | Show all posts
bagis la thread ni.. kalau ada link rujukan bahasa melayu lagi mantap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 05:22 PM | Show all posts
Ketergesaan dalam Generalisasi

Tidak asing lagi bagi kita kalau kita mudah menghukumi sesuatu perkara atau seseorang itu hanya berdasarkan pengalaman kita yang tidak layak sebenarnya untuk menjadi bukti atau sampel kajian dalam menyimpulkan hujah kita.

Apabila kita mengalami sesuatu peristiwa dengan apa-apa perkara atau sesiapa saja di mana, kita dapati terdapat persamaan dalam pengalaman tersebut, maka kita cenderung untuk menjadikannya sebagai premis dalam hujah kita apabila kita membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan pengalaman tadi.

Biasanya ini berlaku semasa menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan sesuatu kumpulan atau populasi atau apa-apa yang berkaitan dengan statistik di mana hanya kajian yang adil perlu dijadikan rujukan atau penguat hujah kita.

Maka hal ini juga dianggap sebagai satu kesalahan dalam berhujah kerana kita telah melakukan generalisasi atas pengalaman yang cetek dan mengandungi bias atau prejudis atau mungkin sahaja kebetulan itu sebagai hujah kita. Sedangkan premis dalam hujah sepatutnya berdasarkan fakta yang jelas dan boleh dipercayai - seperti kajian atau survey yang dibuat atas kaedah statistik yang betul, bukannya hanya berdasarkan sampel kajian yang kecil dan tidak berasas.

Contoh: Paiman menegur teman wanitanya, Sarah yang baru sampai dalam keadaan muram.

Paiman: U lambat ni naper, call pun tak dapat ni? Ni muka nampak sedih ne per hal?

Sarah: Tak der la, tadi I tercari2 hp tapi tak jumpa, tak ingat pulak letak kat mana. Tapi I ingat memang ada dekat atas meja kat bilik pagi tadi. I tak bawa pun masa pergi kelas. Tanya roomate I dia kata tak tau. Ni I dah terminate line tu.

Paiman: Lor, patot la I call U xdapat. Ingatkan sengaja off ke apa. Eh ni roomate U yang budak kelantan tu ker?

Sarah: Ha'ah, naper? Takkan dia kot yang curik. Dia baik ah

Paiman: Ala U ni buat2 xtau plak. Dulu ingat tak masa kat mrsm dulu, U dah pernah barang hilang kan kena kebas dek budak Kelantan? U kan citer dulu tu, budak sedorm U yang pau.

Sarah: So?

Paiman: Pastu masa masuk PLKN pun sama, budak kelantan kat katil sebelah tu jugek yang ambik purse U. I pun dah kena la Sarah. Kawan2 I pun sama citer, budak Kelantan ni mana la blei percaya sangat.

Sarah: Hmm, entahla tapi macam ye laa, tadi kawan sekuliah I pun cakap macam tu. Orang dari negeri tu memang kuat mencuri.

Paiman: Lebih2 lagi yang duduk dekat ngan kita

Berdasarkan dialog di atas, Paiman dan Sarah seolah-olah bersetuju dengan sangkaan mereka bahawa yang mencuri telefon mudah alih Sarah adalah rakan sebilik Sarah yang berasal dari negeri Kelantan. Hal ini kerana berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka berdua, orang Kelantan lah yang mencuri barang mereka sebelum ini.

Senario di atas adalah contoh kecil semata-mata tetapi konsep kesalahan yang sama sering berlaku dalam perbahasan yang lebih besar. Jelas sekali hujah seperti ini tidak benar kerana ia hanya dibuat di atas sampel kajian yang sedikit, walaupun peristiwa-peristiwa yang diceritakan nampak stereotaip dan ada hubungkait, ia berlaku mungkin kerana kecenderungan atau bias kita dalam melihat sesuatu atau kebetulan dan tidak ada basis yang kuat dari segi kajian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2011 07:57 AM | Show all posts
Bagus thread ni....

I tak belajar phrase2 yang disenaraikan dalam posting tu....tapi cukup masak dengan pengalaman berdiskusi dlm porum ni
Boleh kata, i pun belajar dr pengalaman juga....bagaimana nak letak ayat tanpa ada unsur prejudis, tanpa menghukum
tanpa rasa tertakluk untuk menjawab, for the sake of arguing....so selari dengan pengalaman jugaklah kot

Benar ramai orang suka buat generalisasi dalam penyataan, tak kira individu....jika dia berNAMA, kata2 dia umpama verdict,
ada pemberat halusinasi tersendiri, sampai org lain tak boleh pertikaikan....jadi dlm situasi begini, hanya specifik contoh/
pengalaman saja yang boleh melemahkan generalisasi yg dibuat, dgn quote nama2 besar dalam bidang2 yg selari...
ianya hanya menguatkan hujah, tak lebih..tak kurang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 06:50 PM | Show all posts
tuan tanah.. ada ada suber rujukan tak, kalau ada share le..
kalau rujuk dari buku apa tajuknya, bahasa Melayi ke Inggeris?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 08:12 AM | Show all posts
SERONOK....

ai akn jadikn thread ni sbg panduan berhujah~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 10:44 AM | Show all posts
Bagus thread ni....

I tak belajar phrase2 yang disenaraikan dalam posting tu....tapi cukup masak dengan pengalaman berdiskusi dlm porum ni
Boleh kata, i pun belajar dr pengalaman juga....bagaimana nak letak ayat tanpa ada unsur prejudis, tanpa menghukum
tanpa rasa tertakluk untuk menjawab, for the sake of arguing....so selari dengan pengalaman jugaklah kot

Benar ramai orang suka buat generalisasi dalam penyataan, tak kira individu....jika dia berNAMA, kata2 dia umpama verdict,
ada pemberat halusinasi tersendiri, sampai org lain tak boleh pertikaikan....jadi dlm situasi begini, hanya specifik contoh/
pengalaman saja yang boleh melemahkan generalisasi yg dibuat, dgn quote nama2 besar dalam bidang2 yg selari...
ianya hanya menguatkan hujah, tak lebih..tak kurang
my-alja Post at 4-1-2011 07:57


Ya, contoh yang betul dan selari dengan lapangan perbahasan lah yang patut kita titikberatkan untuk membantu hujah-hujah kita.

bagis la thread ni.. kalau ada link rujukan bahasa melayu lagi mantap


Saya tak pernah jumpa lagi rujukan bahasa Melayu, sebab itu saya berharap jika ada mereka yang mengikuti kursus pengajian perundangan di sini turut berkongsi sama.

Saya bukan dari jurusan perundangan tetapi perubatan. Bagaimanapun dalam mendalami ilmu pengetahuan serta lambakan informasi pada era globalisasi, pemikiran yang kritis berdasarkan logika amat penting agar kita tidak mudah menganalisis sesuatu input itu berdasarkan emosi semata-mata (di mana kesalahan2 berhujah ini lazimnya memain peranan dalam  memberi serangan psikologi yang memberi kesan pada emosi)

tuan tanah.. ada ada suber rujukan tak, kalau ada share le..
kalau rujuk dari buku apa tajuknya, bahasa Melayi ke Inggeris?


Semasa ikuti pengajian pra-U, saya ada ambil mata pelajaran Critical Thinking dan dalam perpustakaan, di sektor bahasa juga ada buku teks untuk subjek Critical Thinking ini. Tapi semuanya dalam bahasa Inggeris. Pembelajaran sangat menarik kerana kami diberi situasi2 yang pelbagai, dari bentuk video (contoh; perbahasan ahli politik, babak dalam cerita, forum),perbualan, lakonan, keratan majalah untuk dianalisiskan tentang kesalahan2 yang dilakukan dalam premis dan apakah jenisnya.

Ia menjadikan diri kita untuk bersikap jujur terhadap diri sendiri dalam menyampaikan sesuatu perkara, juga bersikap jujur dalam menganalisis sesuatu perkar, tanpa dipengaruhi kecenderungan atau emosi kita sebagai manusia yang sememangnya tidak sempurna. Dengan kata lain, kita meletakkan akal jauh lebih tinggi daripada nafsu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 10:49 AM | Show all posts
SERONOK....

ai akn jadikn thread ni sbg panduan berhujah~
dauswq Post at 6-1-2011 08:12


Mari kita sama2 meriahkan thread ini, mungkin mengambil contoh perbualan atau hujah yang wujud dalam forum ini sendiri untuk kita sama2 memberi pandangan yang wajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 11:37 AM | Show all posts
Menyerang Peribadi Palsu

Dalam kesalahan ini, kita mematahkan sesuatu hujah atau isu itu dengan meletakkan premis yang silap mengenainya. Yakni kita mencipta suatu ilusi tentangnya di mana ia bersesuaian malah mudah untuk dipatahkan oleh hujah kita nanti.

Hal ini selalunya berlaku apabila kita tiada bukti yang jelas untuk melawan sesuatu isu itu di mana ia membuka ruang pada sangkaan padahal sangkaan sememangnya tiada tempat dalam berhujah kerana ia tidak layak menjadi satu premis. Tapi untuk menaikkan taraf sangkaan itu, kita menjadikan sangkaan itu sebagai sesuatu yang benar (dalam kata lain ialah fitnah) tanpa disedari orang lain.

Dalam bahasa Inggeris kesalahan ini dipanggil To attack a Straw Man di mana, kitalah yang mencipta klon palsu tersebut dan kemudian kita menyabitkan kesalahan baginya, lalu mengatakan orang yang sebenarnya itu salah (akibat kesalahan si klon atau "straw man" tadi)

Contoh: Menurut akhbar Kosmo bertajuk Wartawan TV Hina Orang Melayu, Karam Singh Walia dikatakan menjadi perhatian ramai apabila beliau dikepung sekumpulan lelaki Melayu yang marah dengan pernyataannya kerana telah mengucapkan bahawa orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Tetapi jika dilihat dari dalam video yang dimuat turunkan dalam Youtube, lelaki2 tersebut marah kepadanya kerana beliau mengatakan lancau kepada bangsa Melayu sedangkan hal tersebut dinafikan olehnya.



Apabila Karam Singh Walia meminta maaf terhadap pernyataannya bahawa orang Melayu bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia, juga tidak pintar, mereka boleh menerimanya tetapi salah seorang lelaki yang tidak berpuas hati berkeras mengatakan beliau mengucapkan perkataan lancau.

Dalam senario di atas, jika Karam Singh Walia hanya mengucapkan pernyataan bangsa Melayu tidak berasal dari Malaysia dan Indonesia, ia bukanlah suatu pernyataan yang menghinakan tetapi mengelirukan dan ia telahpun meminta maaf.

Bagaimanapun dalam isu kemarahan kumpulan lelaki terbabit, mereka boleh dikatakan sebagai mencipta straw man yang mengucapkan perkataan lancau demi menyabitkan kesalahan Karam Singh Walia sebagai menghina bangsa Melayu kerana untuk mengatakan beliau menghina bangsa Melayu berdasarkan ucapan tidak berasal dari Malaysia/Indonesia semata, ianya tidaklah kukuh kerana ada yang dikategorikan sebagai Melayu berpelembagaan walaupun asalnya bukanlah dari Tanah Malaya selepas merdeka. Dengan kata lain, ia adalah satu kebenaran juga.

Maka untuk itu, mereka menyerang peribadi palsu demi menyalahkan tuan empunya yang sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:31 PM | Show all posts
nice info. Time kasih TT...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 07:56 PM | Show all posts
Kesilapan dalam berhujah ini dikenali sebagai fallacies dalam bahasa english. Di internat, banyak rujuan untuk tujuan penghujahan secara logik dan juga kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan ketika berhujah.

Kat forum ini, tuan/puan boleh tengok sendiri kategori-kategori kesilapan tersebut terutamanya kat thread yang melibatkan isu-isu panas seperti politik.

Antara rujukan yang ada di internet adalah seperti dibawah:

http://www.iep.utm.edu/fallacy

Kalau kita nak matang dalam perbincangan..mungkin fallacies ini berguna dalam penulisan harian kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 12:50 PM | Show all posts
hebat sekali lah thread nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047182 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list