View: 1405|Reply: 0
|
[Johor]
Pemandu van sekolah didakwa cabul kanak-kanak tadika
[Copy link]
|
|

Kumar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas diikat jamin RM10,000 atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun awal bulan ini. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
MUAR: Seorang pemandu van sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun awal bulan ini.
Pertuduhan terhadap Kumar Muniyandy, 51, dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemilik van sekolah didakwa menyentuh badan dan kaki mangsa berusia lima tahun.
Kejadian itu didakwa dilakukan ketika tertuduh mengambil mangsa dari sebuah tadika di Kluang antara jam 12.30 hingga 1 tengah hari pada 4 Ogos lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta penjara lima tahun dan tidak kurang dua kali sebatan bagi hukuman tambahan mengikut Seksyen 16 (1).
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Danial Munir memohon tertuduh dikenakan ikat jamin RM18,000 kerana mangsa membabitkan kanak-kanak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Kluang sebulan sekali serta tidak boleh mengganggu, berhubung dengan mangsa dan keluarganya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kanak-kanak-tadika |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|