"Kejadian dipercayai berlaku di tempat awam dekat kawasan Taman Bestari Indah di sini, jam 3 petang 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, antara jam 5.30 petang hingga 9.34 malam semalam, polis menyerbu enam lokasi berbeza di sekitar daerah ini.
"Hasil serbuan berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing.
"Kita turut membuat beberapa rampasan iaitu sehelai jersi warna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang warna biru gelap, sehelai t-shirt lengan pendek warna hitam dan sebuah telefon bimbit," katanya.
Terdahulu, satu video tular di media sosial Facebook dimuat naik pemilik akaun Yatt Kasmuri berdurasi 59 saat yang memaparkan kejadian seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lelaki lain di tempat awam.
Menurut Raub, tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan.