CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: 'Mengundi dengan aman, jangan tangguh tanggungjawab' - Anwar

[Copy link]
Post time 12-8-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
PRN: 'Mengundi dengan aman, jangan tangguh tanggungjawab' - Anwar



]Muhammad Yusri Muzamir
[email protected]



Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Kubang Semang di sini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir. FOTO DANIAL SAAD




Permatang Pauh: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di enam negeri menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Perdana Menteri berkata, pengundi di negeri berkenaan dinasihatkan supaya segera keluar awal bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati suasana pengundian di keenam-enam negeri berada dalam keadaan baik dan tenang.

"Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturahim.

"Mengundi dengan aman, harap keluar awal dan jangan tangguh tanggungjawab untuk mengundi lebih awal," katanya ketika ditemui di pusat pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, hari ini.

Anwar yang memakai kemeja berwarna biru dan turut diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat selesai mengundi pada jam 9.40 pagi.

Terdahulu, mereka tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini, pada jam 9.33 pagi.

Pada PRN kali ini, DUN Penanti menyaksikan persaingan dua penjuru antara penyandangnya, Muhammad Faiz Fadzil dari AMANAH menentang pencabarnya, Amir Hamzah Abdul Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN).



Disiarkan pada: Ogos 12, 2023 @ 10:31am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060665 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list