CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6715|Reply: 2

[Pulau Pinang] Ramasamy keluar DAP?

[Copy link]
Post time 9-8-2023 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Ramasamy keluar DAP?


Oleh Audrey Dermawan - Ogos 9, 2023 @ 7:25pm [email protected]







PRAI: Desas-desus bertiup kencang mengenai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, akan meninggalkan parti itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Prai selama tiga penggal, yang digugurkan daripada pencalonan pada PRN kali ini membuat jemputan media bagi satu sidang akhbar dan menyatakan 'ada pengumuman penting' yang akan dilakukan.

Berikutan itu, khabar angin mula bertiup menyatakan ia kemungkinan mengenai hasratnya meninggalkan DAP.

Sumber terdekat Ramasamy memberitahu NST bahawa 'semua menunjukkan ke arah beliau meninggalkan parti.'

"Beliau kecewa dengan keadaan semasa parti lebih-lebih lagi berkaitan pemilihan calon pada PRN. Kita tunggu esok," katanya.

Ramasamy adalah bekas Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008 sehingga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan baru-baru ini.

Ramasamy yang dilihat sesetengah pihak sebagai 'liabiliti' kepada DAP kerana 'sikap berterus-terangnya' adalah antara lima bekas ahli EXCO yang tidak dicalonkan pada PRN.

Yang lain ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Phee Boon, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

Turut digugurkan ialah bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees dan bekas ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit. Chun Kit tidak bertanding atas alasan kesihatan.

Satees pula meninggalkan DAP sebelum penamaan calon dan bertanding Bebas mempertahankan kerusi Bagan Dalam.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah.     
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dia ni keluar.   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058148 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list