|
Man City buru sentuhan Mitoma
Pemain sayap Brighton, Kaoru Mitoma (tengah) dilihat sebagai calon terbaik menggantikan Riyad Mahrez di Manchester City. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Manchester City melihat pemain sayap Brighton, Kaoru Mitoma sebagai pengganti terbaik Riyad Mahrez.
Bintang Algeria, Mahrez, yang bersama juara Liga Perdana Inggeris itu sejak lima tahun lalu, menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ahli awal bulan ini.
Juara treble itu turut meletakkan pemain Crystal Palace, Michael Olise dan pemain sayap Rennes, Jeremy Doku sebagai calon mengisi posisi berkenaan.
Kini pemain Jepun itu turut menarik minat pengendali City, Pep Guardiola.
Mitoma, 26, beraksi cemerlang di Liga Perdana Inggeris musim lalu, meledak tujuh gol dalam 24 perlawanan.
Mitoma menyertai Brighton pada Ogos 2021 sebelum dipinjamkan semusim ke kelab Belgium, Union St Gilloise.
Mitoma, tonggak Jepun ketika Piala Dunia Qatar, membantu Seagulls layak ke saingan Eropah di bawah kendalian Roberto De Zerbi.
Kontraknya masih berbaki dua tahun di Brighton.
Selepas kehilangan pemain tengah, Alexis Mac Allister yang menyertai Liverpool dan penjaga gol, Robert Sanchez ke Chelsea, Brighton tidak mahu pemain utamanya terlepas lagi.
Mereka menolak tiga bidaan daripada Chelsea untuk pemain tengah, Moises Caicedo. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... uru-sentuhan-mitoma
|
|