View: 2890|Reply: 0
|
Ada 90 minit lagi - Kim Swee
[Copy link]
|
|
Ada 90 minit lagi - Kim Swee
Pemain Kuching City FC Abu Kamara cuba melepasi dua pemain Sabah FC pada saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada istilah 'selamat' buat Sabah FC meskipun mereka dilihat hampir sebelah kaki ke suku akhir Piala Malaysia 2023 susulan kemenangan 3-0 ke atas Kuching City FC pada aksi pertama pusingan 16, semalam.
Pengendali skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee menegaskan anak buahnya perlu kekal fokus dan tidak terlalu selesa dengan kelebihan tiga gol yang bakal dibawa untuk aksi kedua di laman sendiri itu nanti.
"Satu keputusan yang baik tetapi kita belum melangkah ke pusingan yang seterusnya. Ada satu lagi perlawanan di Kota Kinabalu jadi kita perlu kekal fokus dengan disiplin yang cukup baik serta tidak dibolosi.
"Kita belum layak kerana macam-macam boleh berlaku dalam 90 minit selepas ini.
"Pemain berjaya mengawal tekanan dengan baik dan tidak mudah hilang tumpuan selepas mendahului dengan tiga gol. Apa yang lebih penting adalah kita tidak dibolosi pada perlawanan ini," kata Kim Swee.
Terdahulu pada aksi di Stadium Negeri, Sabah FC memperaga aksi bertenaga yang menyaksikan mereka mendahului 3-0 hanya dalam tempoh 15 minit sebelum mula mengendurkan asakan.
Ramon Machado meledak dua gol dalam 10 minit pertama iaitu pada minit keempat dan ketujuh sebelum Daniel Ting menambah gol ketiga pada minit ke-15.
Pemenang 'Tetangga Borneo' ini akan menanti pemenang antara 'Tetangga Utara' dengan Perak FC ketika ini mendahului Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-1 secara agregat.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... minit-lagi-kim-swee
|
|
|
|
|
|
|
| |
|