CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 0

Klopp belajar daripada kesilapan Jelajah Asia

[Copy link]
Post time 6-8-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tidak mahu mengulangi kesilapan musim lalu. - Foto AGENSI

LIVERPOOL: Setahun lalu, ketika berada di Asia, Jurgen Klopp mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan skuad Liverpool kendaliannya.

Selepas membelasah Manchester United 4-0 di Bangkok, The Reds terbang ke Singapura untuk satu lagi aksi pra-musim menentang Crystal Palace yang menyebabkan beberapa pemain utamanya cedera.

Skuad kendalian Klopp tidak mendapat rehat mencukupi selepas mengharungi 63 perlawanan pada musim 2021-22.

Sebaik jelajah berkenaan, mereka ke Austria untuk mengembalikan kecergasan menjelang musim baharu, tetapi tempohnya terlalu singkat.



"Adakah saya akan melakukan sesuatu yang berbeza ketika pra-musim? Saya tidak akan menghabiskan minggu pertama (pra-musim) di Asia," kata Klopp pada Januari.

Pengendali dari Jerman dan pasukan pengurusannya menyalahkan jadual padat kem musim panas sebagai punca permulaan musim mengecewakan. Liverpool hanya menang empat daripada 10 perlawanan pertama.

Klopp sudah belajar daripada kesilapannya pada musim panas lalu. Pra-musim kali ini tampak berbeza. Liverpool lebih tajam dan fokus ketika aksi menentang Leicester dan Bayern Munich.

Pemain-pemain baharu, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai cepat menyesuaikan diri dengan pasukan, dengan Virgil Van Dijk menggantikan Jordan Henderson sebagai kapten. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ilapan-jelajah-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 1.052490 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list