CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 0

[Johor] Unit Perubatan Nuklear sumbang pembangunan ekosistem penjagaan kesihatan tempatan

[Copy link]
Post time 6-8-2023 08:16 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Gleneagles Medini Johor, Dr Kamal Amzan. - Foto Gleneagles



ISKANDAR PUTERI: Pengesanan penyakit kanser yang tepat dan dibuat lebih awal membolehkan rawatan yang lebih berkesan diberikan kepada pesakit.

Melihat situasi itu, Hospital Gleneagles Johor (GHJ) tampil menubuhkan Unit Perubatan Nuklear yang menempatkan perkhidmatan pengesanan kanser secara digital pertama di Malaysia.

Penubuhan unit itu sekali gus memberikan fasiliti perubatan yang lebih dekat dengan rakyat Johor khususnya, bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan lebih cepat berbanding perlu ke pusat perubatan yang jauh.

Majlis pelancaran unit itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif GHJ, Dr Kamal Amzan, baru-baru ini.

Pelancaran unit berkenaan yang serba canggih itu, sekali gus menjadikan Hospital Gleneagles selangkah ke hadapan dalam membawakan standard penjagaan kesihatan yang lebih dekat kepada keperluan masyarakat setempat.

Unit yang dirancang sejak 2019 dan selesai dibangunkan pada tahun lalu itu menjadi antara daya tarikan kepada orang ramai khususnya rakyat Johor serta mereka yang ingin menjalani rawatan dari rantau berdekatan negeri ini.
  
Full digital positron emission tomography-computed tomography (PET-CT) scanner menyediakan imej yang lebih jelas. -Foto Gleneagles
"GHJ mempunyai sasaran pesakit yang juga datangnya dari seluruh negara dan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Ini secara tidak langsung membantu kepada industri pelancongan kesihatan apabila ia bukan sahaja menjadi pusat mendapatkan rawatan, tetapi antara lokasi tumpuan pelancongan juga, selain membantu pertumbuhan ekonomi negeri Johor.

Sementara itu, Dr Kamal berkata, pihaknya didorong dengan visi untuk menyediakan penjagaan kanser yang luar biasa kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, pelancaran Unit Perubatan Nuklear yang membabitkan peruntukan kira-kira RM40 juta itu membuktikan nilainya dalam pengesanan kanser dengan menggabungkan diagnostik dan rawatan.

"Kami berhasrat untuk mengubah landskap penjagaan kanser, memastikan pesakit mendapat pengesanan awal yang lebih tepat serta menerima penjagaan yang tepat pada masanya.

"Pengesanan awal dan diagnosis penyakit adalah faktor penting dalam mencapai hasil kesihatan yang positif.

"Dengan menawarkan perkhidmatan perubatan nuklear yang komprehensif, kami berhasrat untuk mengubah kebolehcapaian penjagaan kesihatan dengan menghapuskan keperluan pesakit khususnya penduduk Johor sendiri supaya tidak perlu menempuh jarak jauh untuk mendapatkan rawatan khusus," katanya.

Dr Kamal berkata, pihaknya turut menggalakkan pesakit luar dari Johor untuk datang ke hospital itu bagi mendapatkan rawatan di unit yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan dikendalikan oleh pasukan profesional berkemahiran tinggi.

Selain itu, katanya, pelancaran Unit Perubatan Nuklear itu turut menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekosistem penjagaan kesihatan tempatan.

"Dengan memusatkan teknologi dan kepakaran perubatan canggih, kami menarik profesional mahir ke kawasan ini, menjana peluang pekerjaan dan memupuk pertumbuhan komuniti penjagaan kesihatan yang bertenaga," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.208859 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list