CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5951|Reply: 1

[Pulau Pinang] Sekolah khusus anak keluarga paling miskin dirancang

[Copy link]
Post time 5-8-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Sekolah khusus anak keluarga paling miskin dirancang



Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Ogos 5, 2023 @ 5:17pm  [email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan pelajar ketika program Temu Anwar Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini Foo NSTP/DANIAL SAAD




KEPALA BATAS: Kerajaan berhasrat memperkenalkan konsep jenis sekolah baharu yang menyasarkan anak kepada golongan paling miskin di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan sekolah berkenaan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh yang memfokuskan kepada golongan terbabit.

Cadangan penubuhan sekolah itu, katanya, dibuat bagi membolehkan golongan berkenaan berpeluang mendapat akses pendidikan, walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan.

"Ini (cadangan memperkenalkan jenis sekolah baharu bagi golongan paling miskin) akan memberi makna manusiawi dan keadilan kepada mereka.

"Akses dan peluang (perlu diberikan) secara saksama bagi membolehkan tiada mana-mana golongan yang tercicir. Kita ada pendemokrasian mutu pendidikan bagi membolehkan semua berhak (mendapatkan pendidikan).

"Ketika ini (semua pihak) berhak. Nama sahaja berhak tetapi sekolah di Manik Urai, Kelantan; Kapit, Sarawak; Pulau Pinang dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak tetap ada kesenjangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Temu Anwar: Bicara Pendidikan Madani yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengakui, pengundi muda dalam kelompok usia antara 18 hingga 25 tahun memiliki pengaruh besar bagi menentukan corak politik negara.

Sehubungan itu, katanya, kelompok berkenaan wajar membuat penilaian sebaiknya dalam menentukan bagaimana mereka mahu mencorakkan masa depan negara menerusi kuasa undi dimiliki mereka.

Beliau berkata dari aspek pentadbiran kerajaan mengakui akan terus berusaha membawa lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara, seterusnya memastikan generasi muda mendapat peluang pekerjaan.

"Pilihan ini sama ada pengundi muda mahu menentukan negara berbilang kaum yang memiliki dasar ekonomi jelas serta mampu menarik pelaburan, sekali gus menjamin masa hadapan mereka atau mahukan kerajaan seperti di negeri tertentu yang tiada pengalaman serta menakut-nakutkan pelabur.

"Sebab ini, saya harap anak muda membuat keputusan bijak dan pastikan masa depan anda terjamin. Anda yang akan menentukan masa depan masing-masing," katanya yang juga Menteri Kewangan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 08:41 AM | Show all posts
Didik Diri Sendiri: Mulakan dengan mempelajari asas perdagangan forex, termasuk istilah, carta dan alat analisis teknikal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055105 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list