CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5661|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Saya tarik diri jika PSI batal' - Oh Tong Keong

[Copy link]
Post time 5-8-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tarik diri jika PSI batal' - Oh Tong Keong


Muhammad Yusri Muzamir
[email protected]



Oh Tong Keong.




Bukit Mertajam: Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong bersedia menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) jika Ketua Menteri Chow Kon Yeow membatalkan projek tambak laut (PSI) di selatan perairan negeri itu.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Jerejak itu berkata, pendirian berkenaan dimuktamadkan selepas mengambil kira impak ke atas rakyat Pulau Pinang susulan pelaksanaan PSI.

Menurutnya, kesediaan itu antara lain dibuat selepas mempertimbangkan kedegilan kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP membatalkan PSI, biarpun projek berkenaan menerima tentangan pelbagai pihak.

"Cabaran ini dilontarkan kepada Kon Yeow selepas Pengerusi DAP Pulau Pinang itu menyuarakan gesaan supaya Gerakan keluar daripada PN sebagai simbolik membantah tindakan ekstrim Pas kepada Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

"Saya akan tarik diri daripada menyertai PRN Pulau Pinang secara serta-merta, jika Kon Yeow rela membatalkan PSI," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang merangkap Pengerusi DAP negeri dilaporkan berkata, Gerakan patut menarik diri daripada PRN jika masih bermaruah, sekali gus simbolik membantah tindakan ekstrim Pas.

Gesaan itu menyusuli tindakan Pas dikatakan meminta Dominic meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Tasek Gelugor.

Sementara itu, Tong Keong menyifatkan gesaan Kon Yeow supaya parti itu keluar daripada PN sebagai tidak logik memandangkan rakan gabungannya iaitu Pas belum pun diberi mandat mentadbir Pulau Pinang.

"Ini tidak logik sama sekali kerana Pas masih belum memerintah di Pulau Pinang, tetapi Kon Yeow sudah mahu kami menarik diri untuk membantah Pas. Bantah apa?

"Namun, demi kepentingan rakyat di negeri ini, khasnya hak dan kebajikan penduduk di kawasan yang terjejas, jika Kon Yeow rela membatalkan PSI, saya akan tarik diri daripada PRN kali ini, serta-merta," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 5, 2023 @ 4:28pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.098120 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list