CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1938|Reply: 0

[Selangor] Pemegang kad UNHCR cabul nenek ditahan

[Copy link]
Post time 5-8-2023 10:06 AM | Show all posts |Read mode

LELAKI warga asing ditahan disyaki mencabul seorang wanita warga emas berusia 71 tahun. FOTO Tular

Ampang: Seorang Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang juga penagih dadah ditahan disyaki mencabul wanita warga emas di Jalan Bunga Tanjung, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga suri rumah berusia 71 tahun pada hari sama.

"Ketika mangsa sedang mengumpul kotak terpakai untuk dijual pada 3.30 petang, tiba-tiba datang suspek seorang lelaki meraba paha mangsa.

"Mangsa menegur perbuatan suspek namun suspek masih melakukannya dan suspek membuka seluar serta baju lalu memegang kemaluan sebelum menunjukkannya di hadapan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan orang awam yang berada di lokasi kejadian selepas mangsa menjerit meminta tolong.

"Sepasukan polis dari Balai Pandan Indah membuat tangkapan semula terhadap lelaki pemegang kad UNHCR berusia 23 tahun terbabit.

"Ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang sapu itu didapati positif dadah jenis ketamin," katanya.

Mohd Azam berkata, suspek yang mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan dadah itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Katanya, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara mencecah 10 tahun, atau denda, atau dengan sebatan atau dengan mana-mana daripada dua hukuman itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cabul-nenek-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.367650 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list