CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suspek bakar isteri ditahan polis

[Copy link]
Post time 3-8-2023 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Suspek bakar isteri ditahan polis


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 3, 2023 @ 1:22pm [email protected]




Foto hiasan




TASEK GELUGOR: Polis menahan seorang pekerja ladang yang disyaki membakar isterinya sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit, di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota di sebuah kawasan di Nibong Tebal, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok untuk perintah tahanan reman.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita melecur 27 peratus di anggota badan selepas suaminya didakwa menyimbah petrol lalu membakar mangsa yang berusia 35 tahun.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga.

Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mohd Asri sebelum ini dilaporkan berkata, suspek ketika itu bertindak melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa semakin merebak.

"Mangsa sempat meminta bantuan anak lelakinya mengambil air untuk memadamkan api berkenaan.

"Remaja lelaki itu mengambil air dan memadamkan api pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jiran untuk menghubungi pihak polis," katanya.

Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lalu termasuk pernah mencederakan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list