CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1488|Reply: 3

[Pulau Pinang] Kanak-kanak dicampak dari tingkat satu, adik dihempas ke lantai

[Copy link]
Post time 3-8-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak dicampak dari tingkat satu, adik dihempas ke lantai


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 3, 2023 @ 10:21am  [email protected]




Lokasi kanak-kanak dicampak dari tingkat satu, manakala adiknya dihempas ke lantai oleh bapa saudara mereka, di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang. NSTP/Zuhainy Zulkiffli




GEORGETOWN: Kanak-kanak berusia tiga tahun patah kaki kiri dan cedera di mulut akibat dicampak dari tingkat satu oleh bapa saudaranya, di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, di sini.

Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang semalam, suspek berusia 29 tahun itu turut menggelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.

Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata dia terdengar jeritan ibunya meminta pertolongan sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

"Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.

"Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar bunyi bisikan sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara," katanya, di sini hari ini.

Difahamkan bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman nenek mereka berikutan ibunya masih dalam tempoh berpantang.

Taiyoob berkata, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.

"Diharap semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut. Suspek adalah adik saya sendiri dan dia sedang menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2023 10:38 AM | Show all posts
orang gila  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2023 11:57 AM | Show all posts


TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan ahli keluarga mangsa diambil keterangan di lokasi kejadian.
kredit - harian metro.






Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 03:20 PM | Show all posts
Apa lah yang difikirkan pakcik dia ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051427 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list