CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2241|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita dibakar suami kritikal

[Copy link]
Post time 2-8-2023 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dibakar suami kritikal


Ogos 2, 2023 @ 5:24pm





KEPALA BATAS: Wanita yang melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan akibat dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor di sini kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata mangsa berusia 35 tahun itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.

"Berdasarkan maklumat doktor yang merawat mangsa, wanita itu berada dalam keadaan kritikal dan pasukan perubatan sedang membuat pemantauan rapi," katanya, ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, operasi mengesan suspek, yang juga suami mangsa itu, giat dijalankan namun polis percaya pekerja ladang berusia 36 tahun itu masih berada di sekitar Pulau Pinang atau bersembunyi di negeri jiran sahaja.

"Dalam operasi bagi mengesan suspek yang dijalankan oleh pihak polis semalam, kami mendapat maklumat daripada saksi yang memaklumkan ternampak lelaki itu telah keluar dari kawasan ladang sawit tersebut dengan menumpang sebuah van kilang.

"Polis akan mengesan van kilang itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pergerakan suspek bagi mengesannya untuk membantu siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd Asri berkata pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat suspek agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, wanita tersebut melecur tahap tiga akibat dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian perselisihan faham keluarga di rumah mereka.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.45 malam daripada jiran mangsa, sebelum sepasukan polis terus ke lokasi, namun mangsa relah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB).

Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang bekerja di ladang kelapa sawit itu, mempunyai empat orang anak berusia 10 hingga 13 tahun dan semasa kejadian, anak-anak mereka berada di rumah yang disediakan majikan mereka di ladang tersebut. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.046835 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list