CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2470|Reply: 0

[Melaka] Najis tikus di kilang proses makanan

[Copy link]
Post time 2-8-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI JKNM mengesan najis tikus di lantai stor sebuah kilang makanan di Umbai. FOTO Ihsan JKNM

Melaka: Penemuan najis tikus serta tahap kebersihan tidak memuaskan menyaksikan empat kilang memproses makanan di negeri ini diarah tutup 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bagi kerja-kerja pembersihan.

Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, notis arahan penutupan sementara itu dikeluarkan ke atas empat premis di kawasan Bukit Rambai, Serkam, Umbai dan Batu Berendam menerusi Operasi Bersepadu Kilang 2023.

Menurutnya, operasi berkenaan memfokuskan kepada kilang makanan untuk memastikan semua kilang di negeri ini mematuhi undang-undang Akta Makanan 1983.

"Operasi bersepadu diadakan selama dua hari iaitu 31 Julai lalu hingga semalam membabitkan 30 anggota penguat kuasa JKN Melaka dari daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

"Sebanyak 13 premis diperiksa dan kita mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM35,200 dan empat premis diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat kehadiran najis tikus serta berada dalam tahap kebersihan tidak memuaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Rusdi berkata, sehingga semalam, pihaknya mengambil tindakan tegas ke atas 61 kilang makanan dengan 37 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bernilai RM48,400 serta lima kilang diarahkan kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.

"Bagi kesalahan premis pengilangan makanan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), sebanyak 12 kilang dikenakan kompaun bernilai RM30,000," katanya.

Beliau berkata, aduan mengenai premis pengilangan makanan yang kotor serta makanan produk tamat tarikh luput dan mempunyai bungkusan yang rosak boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-proses-makanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.163858 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list