CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1626|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mahu pemimpin yang sentiasa ada, bukan jenis sambil lewa

[Copy link]
Post time 1-8-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Mahu pemimpin yang sentiasa ada, bukan jenis sambil lewa


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Ibu tunggal, Norehan Abdul Rahim,59, (kanan) berharap mana-mana wakil rakyat yang dipilih dekat dengan rakyat dan bukan kerja sambil lewa. Pesawah Mahathir Harun, 40-an, (kiri) mahu wakil rakyat yang dipilih menjaga kebajikan golongan petani. FOTO Nur Izzati Mohamad




Tasek Gelugor: Biarpun siapa calon yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), diharapkan dapat sentiasa berada bersama rakyat dan bukan hanya muncul ketika berkempen.

Tinjauan mendapati penduduk dalam Parlimen Tasek Gelugor mengimpikan pemimpin yang dipilih di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan sejenis sambil lewa berkhidmat untuk rakyat.

Norehan Abdul Rahim, 59, berkata sebagai penduduk sudah tentunya memerlukan wakil pemimpin yang mesra dan mudah didekati setiap kali rakyat memerlukan apa jua pertolongan.

"Kita faham jadual mereka (wakil rakyat) padat dan sibuk tetapi jika rakyat memerlukan mereka sebolehnya hadirlah (turun padang) tunjuk muka, bukannya jenis sambil lewa.

"Selami masalah rakyat terutamanya orang kampung yang sangat memerlukan perhatian. Jadi tidak kiralah siapa pun menang nanti ambillah tanggungjawab ini dengan menjalankan amanah rakyat," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Tok Bidan di sini, hari ini.

Menurutnya, dia yang juga seorang ibu tunggal memiliki lima anak mendapati keadaan ekonomi sangat mencabar.

"Atas sebab itu, kita perlukan wakil rakyat yang dapat membantu. Saya seorang usahawan kampung yang menjalankan perniagaan kecil-kecil kuih simpul kasih dan amat memerlukan bantuan untuk meringankan beban berikutan kos sara hidup yang makin meningkat," katanya.

Sementara itu, pesawah, Mahathir Harun, 40-an, berkata kenaikan harga input seperti baja dan racun amat memberi bebanan kepada golongan pesawah ditambah dengan serangan penyakit padi angin yang menyebabkan hasil tanaman tidak menjadi.

"Kami semua (golongan pesawah) sudah tidak tahu untuk mengajukan permasalahan ini kepada siapa dan memerlukan orang tengah (wakil rakyat) yang dapat membantu.

"Dalam tiga DUN di Parlimen Tasek Gelugor ini hampir keseluruhannya terdiri dari golongan yang terbabit dalam industri pertanian kerana keadaan persekitarannya yang banyak kampung.

"Harap mana-mana wakil rakyat nanti dapatlah bantu dan tolong meringankan beban kami semua," katanya.

Pada PRN kali ini, seramai 81,403 pengundi dalam Parlimen Tasek Gelugor membabitkan DUN Permatang Berangan (28,519), DUN Sungai Dua (28,100) dan DUN Telok Ayer Tawar (24,784) akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 12 Ogos ini.



Disiarkan pada: Ogos 1, 2023 @ 2:48pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list