CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2076|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lagi pendaki sesat dalam hutan Pantai Esen

[Copy link]
Post time 30-7-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode

Pendaki warga Singapura (depan) berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas dilaporkan tersesat dalam hutan Pantai Esen di Batu Maung, petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pendaki warga Singapura dilaporkan tersesat kira-kira dua jam dalam hutan di Pantai Esen, Batu Maung di sini petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 21 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, kira-kira pukul 6.16 petang.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.50 petang tadi dan bergegas ke lokasi terbabit.

“Seorang lelaki warga Singapura telah sesat di dalam hutan ketika menjalankan aktiviti mendaki. Mangsa juga dapat dihubungi melalui talian telefon dan telah menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp kepada Komander Operasi.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat turut dibantu pihak polis dan orang awam. Mangsa berjaya ditemui pada pukul 6.16 petang tadi dan telah dibawa turun dari bukit tersebut,” katanya di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 7.08 malam tadi.

Pada 23 Julai lalu, Kosmo! Online melaporkan empat pendaki terdiri tiga lelaki dan seorang wanita ditemui selamat selepas tersesat dalam hutan yang sama selama empat jam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -hutan-pantai-esen/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 09:57 AM | Show all posts
kaka ada tengok cerita jirisan korea netflix. mula2 benci last2 khatam tanpa sedar.

kesimpulannya buang masa sahabat syaitan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053219 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list