CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 0

[Kedah] PRN: Penyokong parti cedera dron terhempas di Kedah

[Copy link]
Post time 29-7-2023 07:27 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Penyokong parti cedera dron terhempas di Kedah

29 Julai 2023   06:26pm





Seorang wanita yang juga penyokong parti politik cedera di kepala selepas terkena dron yang terhempas mengenainya pada Sabtu. - Foto: Astro AWANI




ALOR SETAR - Polis mengesan dua kes menerbangkan dron pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah pada Sabtu termasuk sebuah terhempas menyebabkan seorang penyokong parti cedera di Kuala Kedah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam kes pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas dikesan menaikan dron di atas penyokong dipercayai sekitar jam 9 pagi di Pendang.

Beliau berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit untuk siasatan dan merampas alat penerbangan itu untuk tindakan lanjut.

"Dalam kejadian berasingan di Kuala Kedah, seorang wanita yang juga penyokong parti politik cedera di kepala selepas terkena dron yang jatuh mengenainya.

"Mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Kita difahamkan, dron terbabit diterbangkan untuk kegiatan pertanian dan tersasar ke kawasan kejadian. Tiada tangkapan dibuat namun ia masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Sabtu.

Fisol berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 143 Peraturan Penerbangan Awam 2016.



Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan larangan menerbangkan dron bagi memastikan kelancaran pilihan raya termasuk pada tiga tarikh penting iaitu hari penamaan calon, pengundian awal (8 Ogos) dan hari pengundian (12 Ogos), serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen.

Sementara itu, Fisol berkata, sejak pembubaran DUN pada 28 Jun lalu sehingga Jumaat, polis telah membuka 33 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan. -AWANI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050033 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list