CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 0

[Kedah] PRN 2023: Cuaca diramal baik, hujan di Alor Setar

[Copy link]
Post time 29-7-2023 09:33 AM | Show all posts |Read mode
PRN 2023: Cuaca diramal baik, hujan di Alor Setar


BERNAMA



TRAFIK sesak berikutan penyokong PN berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak. FOTO Aizuddin Saad



Kuala Lumpur: Cuaca pada awal pagi ini, dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Antara kawasan dilaporkan cerah ialah Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor; Pasir Mas, Gua Musang dan Tumpat (Kelantan); Sik (Kedah) serta Sikamat (Negeri Sembilan).

Sementara beberapa kawasan di Alor Setar, Kedah pula dilaporkan hujan bermula 7.45 pagi.

Selain itu, cuaca di sekitar pusat penamaan calon di Kijal, Terengganu dilaporkan mendung dengan keadaan berkabus dan berangin.

Seawal 7 pagi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pasukan keselamatan mula berkumpul dan diberi taklimat tugasan di pusat penamaan calon sebelum ia dibuka pada 9 pagi.

Selain daripada penyokong parti kepada calon bakal bertanding, tidak ketinggalan juga adalah petugas media yang hadir sejak awal pagi di pusat-pusat penamaan calon untuk membuat liputan.



Disiarkan pada: Julai 29, 2023 @ 9:22am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.592848 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list