CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4367|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Perjuangan saya hanya untuk menundukkan 'maharaja'' - Satees

[Copy link]
Post time 28-7-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode
'Perjuangan saya hanya untuk menundukkan 'maharaja'' - Satees


Audrey Dermawan
[email protected]





Butterworth: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam, M Satees yang tidak dicalonkan semula DAP untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, mengumumkan keluar parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, keputusan itu sebagai referendum kepada pimpinan parti yang dirujuknya sebagai 'maharaja' yang didakwa cuba merosakkan pentadbiran kerajaan negeri.

Satees menegaskan, beliau terpaksa mengambil keputusan itu untuk menyelamatkan Pulau Pinang daripada kerosakan akibat 'tyrant' (penzalim), diktator dan 'maharaja'.

Katanya, beliau sudah menghantar surat memaklumkan tindakannya keluar parti kepada Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pagi tadi.



M Satees pada sidang media mengumumkan keluar DAP dan akan bertanding sebagai calon bebas bagi DUN N09 Bagan Dalam. FOTO Danial Saad.
Keputusan Satees itu menyusul 24 jam selepas bekas Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), David Marshel mengambil tindakan sama dan bakal bertanding atas tiket Bebas pada PRN kali ini.

"Sukar untuk saya buat keputusan ini, sangat sedih untuk tinggalkan DAP selepas menganggotainya selama 15 tahun. Saya harap rakan-rakan dalam DAP tidak membenci saya.

"Saya tidak memusuhi anda semua, perjuangan saya hanya untuk menundukkan satu individu sahaja, iaitu 'maharaja'," kata Satees.

Selasa lalu, DAP mengumumkan 19 calonnya untuk PRN, dengan tujuh bekas ADUN digugurkan, termasuk lima bekas EXCO, antaranya bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy.

Ramasamy kemudian menyifatkan wujud 'tangan ghaib' di sebalik pemilihan calon parti itu untuk PRN, mendakwa tindakan berkenaan diambil ke atas penyandang kerusi DUN yang menyokong Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kekal menerajui Pulau Pinang jika PH menang PRN.



Disiarkan pada: Julai 28, 2023 @ 5:20pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2023 06:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053873 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list