View: 161|Reply: 0
|
EPL: City tiada masalah hilang pemain
[Copy link]
|
|
WALKER (kiri) dan Silva dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Etihad pada jendela perpindahan kali ini. – AFP
TOKYO – Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias melaungkan keyakinan mereka tidak berdepan sebarang masalah sekiranya dua tonggak, Kyle Walker dan Bernardo Silva meninggalkan pasukan itu.
Setakat ini, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah kehilangan khidmat dua pemain penting, iaitu Ilkay Gundogan yang membuat keputusan berhijrah ke Barcelona, manakala Riyad Mahrez menyertai Al-Ahli.
Bagaimanapun, Dias menjelaskan, dia dan rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya sekiranya The Citizens mengambil keputusan untuk menerima tawaran yang dibuat terhadap dua pemain tersebut.
“Apabila sebut mengenai pemain-pemain City, semuanya sangat penting kepada pasukan, jadi tidak mustahil sekiranya ada antara kami yang berjaya menarik perhatian pasukan-pasukan luar.
“Sekiranya mereka (Silva dan Walker) dapat kekal di kelab, itu satu perkara yang sangat baik. Hakikatnya, dalam bola sepak, perpindahan masuk dan keluar adalah satu perkara biasa,” katanya.
Pada masa sama, pemain antarabangsa Portugal itu menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh kelab walaupun menyuarakan harapan untuk melihat Walker dan Silva terus menyarung jersi City.
“Apa sahaja keputusan yang dibuat nanti, kami perlu hormati dan terus bergerak ke depan. Sejak saya menyertai pasukan ini, setiap kali ada spekulasi berkait pemain City, kami sentiasa berharap mereka kekal,” ujar Dias. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... alah-hilang-pemain/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|