CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Kedah] Isu kecurian REE: 10 EXCO turut dipanggil

[Copy link]
Post time 26-7-2023 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Isu kecurian REE: 10 EXCO turut dipanggil


Noorazura Abdul Rahman
[email protected]



MAKMAL memproses unsur nadir bumi REE haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik. FOTO Luqman Hakim Zubir




Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata SPRM belum menghubungi beliau untuk berbuat demikian.

Katanya, sebahagian EXCO terbabit sudah memberi keterangan manakala sebahagian yang lain akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

"Saya pun hairan, tak pernah lagi EXCO dipanggil setiap seorang untuk mengesahkan minit mesyuarat. Ada dalam kalangan mereka sudah beri keterangan dan sebahagian lagi belum.

"Saya difahamkan semua akan beri keterangan di Alor Setar dengan ada antara mereka dipanggil hari ini selebihnya esok. Setakat ini saya belum dipanggil (beri keterangan).

"Mungkin saya akan dipanggil selepas itulah kot," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Bagi Tahun Kewangan 2022 dan 2023 di sini, hari ini.

Sementara itu EXCO kerajaan negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad yang memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri ketika dihubungi mengesahkan yang beliau sudah dihubungi SPRM hari ini bagi mendapatkan keterangannya.

"Mungkin saya akan berbuat demikian esok. Mengapa saya dipanggil tak pastilah kerana belum bertemu mereka lagi," katanya.

Pada 20 Julai lalu , SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.



Disiarkan pada: Julai 26, 2023 @ 7:07pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061263 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list