View: 357|Reply: 1
|
[Pulau Pinang]
Pempengaruh TikTok antara diperiksa dalam serbuan di pusat hiburan
[Copy link]
|
|
ANTARA individu yang diperiksa dalam serbuan di premis hiburan di Georgetown. FOTO tular
Georgetown: Pempengaruh TikTok antara 85 individu yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Nordin, di sini, Ahad lalu.
Difahamkan wanita berusia 20 tahun itu bagaimanapun dibebaskan selepas ujian saringan air kencing didapati negatif.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 2.15 pagi.
Katanya, hasil pemeriksaan seramai 50 lelaki dan 35 wanita tempatan menjalani ujian saringan air kencing.
"Didapati tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 27 tahun positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC) dan Benzodiazepines.
"Kesemuanya direman selama sehari pada 23 Julai lalu dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Soffian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Orang ramai dinasihati supaya tidak terbabit dengan aktiviti penggunaan dadah semasa mengunjungi pusat hiburan," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-di-pusat-hiburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|